SinarHairan

Tunang Anak Pendek, Ibu Tekad Bunuh Diri

loading...

CHINA- Pada 17 November lalu, seorang ibu bertindak membunuh diri kerana tunang anak lelakinya terlalu pendek.

 Mayat wanita yang berumur 47 tahun itu ditemui di sebatang sungai di Ningling di wilayah Henan.

Namun suaminya pula bertindak terjun ke dalam sungai kerana terlalu sedih apabila menemui mayat isterinya.

Kedua ibupanya telah diselamatkan oleh pihak polis selepas anaknya cuba untuk menyelamatkan bapanya.

Wanita tersebut membunuh diri kerana tidak mampu menunaikan hadiah perkahwinan yang mahal berupa sebuah kereta seperti yang dituntut tunang anak lelakinya, dipetik laporan People's Daily.

Namun jabatan propaganda Ningling bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Pihak berkuasa memberitahu menurut satu 'posting' di akaun rasmi media sosial mereka, mangsa membunuh diri kerana tidak gembira dengan ketinggian tunang anak lelakinya.

"Si mati Lin tidak bersetuju dengan anak lelakinya berhubung pertunangan," kata kenyataan itu.

Dan Lin juga mendakwa tidak menyukai pasangannya anak lelakinya kerana gadis itu terlalu pendek.

Menurut kenyataan itu, "dia juga mengancam untuk membunuh dirinya." Sumber: Mail Online. Editor: Atila Atasha
loading...
loading...

0 Response to "Tunang Anak Pendek, Ibu Tekad Bunuh Diri"

Catat Ulasan