SinarHairan

Dirogol Jiran, Dua kanak-Kanak Diumpan Coklat

loading...

KUANTAN- 6 November lalu, dua kanak-kanak berusia lima tahun dan lapan tahun menjadi mangsa rogol jiran dalam dua kejadian berasingan di Batu 11, Jalan Gambar, Kuantan.

Suspek yang berusia 25 tahun difahamkan memujuk mangsa membonceng motosikalnya, konon ingin membawa mangsa bersiar-siar dengan mengumpan wang RM2 dan coklat.

Mangsa yang berusia lapan tahun dibawa ke kawasan tangki air di Taman Mahkota Aman pada waktu petang dan dirogol suspek, kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komosioner Abdul Aziz Salleh.

Suspek juga mengumpan dengan menggunakan kaedah yang sama terhadap mangsa kedua yang berusia lima tahun dan dibawa ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran taman berkenaan.

"Suspek yang masih bujang menghantarnya pulang ke rumah dan berlagak seperti tiada apa-apa berlaku selepas merogolnya di kawasan berkenaan.

Katanya, "perlakuan suspek telah terbongkar selepas kedua-dua mangsa bertindak untuk menceritakan kejadian itu kepada ibu bapa masing-masing."

Pada hari yang sama, kedua-dua ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading.

Suspek telah ditahan pada jam 10.30 malam selepas diserbu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah IPD Kuantan di rumah.

"Suspek yang bekerja sebagai kelindan lori baru saja tiba dirumahnya selepas selesai menghantar barang terkejut dan tidak sempat melarikan diri ketika serbuan dijalankan."

Katanya lagi berdasarkan semakan, suspek tidak mempunyai rekod jenayah manakala ujian saringan air kencingnya adalah negatif.

Suspek berkenaan tinggal bersama ibu bapa serta dua adiknya manakala siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa mengenali suspek.

Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. Suspek  kini direman sehingga 28 November bagi membantu siasatan. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...
loading...

0 Response to "Dirogol Jiran, Dua kanak-Kanak Diumpan Coklat"

Catat Ulasan