SinarHairan

Wanita lepas bersalin dan suami parah kereta dirempuh kereta warga emas (10Gambar)

loading...
Jengka : Seorang wanita baru lepas bersalin pada 14 julai lalu secara bedah parah apabila kereta yang dinaiki bersama suami dirempuh kereta yang dipandu warga emas yang masuk kelaluan mereka dalam kejadian berhampiran FELDA Jengka 17, dekat Maran
Laila Azwa, 26, dan suami nya Zahrul Asuad,30, parah dalam kejadian itu mereka dalam perjalaan ke Hospital Sultan Ahmad Shah Termeloh bagi menyusukan bayi mereka yang ditahan di wad akibat lemas semasa bersalin.
Dalam kejadian jam 2.30 petang, Warga Emas Hassan Othman, 77, bersama isteri Kamsiah Bajuri, 69, menaiki kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan ke Bandar Pusat Jengka, Maran sebelum terbabit dalam kemalangan itu.








Difahamkan kereta yang dipandu mangsa dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Proton Wira yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 30 dan 26 tahun.
Akibat kemalangan itu semua mangsa cedera parah pada kepala, badan serta tangan dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
Mohamed Nor berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 2.57 petang dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan empat mangsa yang tersepit dalam kenderaan masing-masing.
“Anggota bomba menggunakan alatan khas seperti mesin pemotong besi bagi mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.
Kedua-dua warga emas terbabit cedera di bahagian kepala dan badan dan di hantar ke Hospital untuk menerima rawatan lanjut dan dikhabarkan juga kedua-dua warga emas ini akan menunaikan ibadat haji tidak lama lagi.
“Punca kemalangan sedang disiasat polis dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 4 petang, semoga ke empat mereka segera sembuh dan kita doa juga bayi pasangan wawa dan Asuad cepat keluar hospital.

Sumber: beritasayu
loading...
loading...

0 Response to "Wanita lepas bersalin dan suami parah kereta dirempuh kereta warga emas (10Gambar)"

Catat Ulasan