SinarHairan

#TERUJA ~ Kajol terkejut dengan peminat Malaysia

loading...
Pelakon Bollywood, Kajol (kanan) ketika ke Majlis Promosi Fillem " VIP 2 " di Jalan Masjid India. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM 

 BAGAI dilanda histeria, begitulah gamatnya suasana di Masjid India malam ini, apabila kelibat Ratu Bollywood, Kajol, 43, tiba di pentas utama kawasan itu sebentar tadi.

 Ketibaan Kajol, diiringi dengan jeritan lautan bunyi 'we love you Kajol' oleh para peminatnya yang menantinya sejak petang tadi.

 Dalam ucapannya, Kajol berkata, beliau sangat terharu dengan sokongan peminat terhadapnya selama ini.

 "Selamat petang, thank you," katanya kepada para peminat yang begitu teruja tatkala beliau mula membuka mulut.

 Dalam pada itu, kata Kajol beliau sangat terharu dan tekejut dengan sambutan yang diterimanya hari ini.

Pelakon Bollywood, Kajol (kanan) ketika ke Majlis Promosi Fillem " VIP 2 " di Jalan Masjid India.

 "Sangat mengujakan, Saya dengan rasa rendah hati menghargai sokongan anda semua,"' katanya.

 Kehadiran Kajol ke Malaysia kali ini adalah untuk mempromosi filem baharu lakonannya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2.

 Kehadiran isteri kepada Ajay Devgan itu diiringi oleh hero dan pengarah VIP2 iaitu Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon terkenal, Rajinikanth.

 Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem tersebut di Malaysia berkata, antara faktor utama dia berminat dengan VIP2 kerana penampilan Kajol dalam filem tersebut.

 “VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014.

Filem tersebut mendapat sambutan hangat dan saya yakin VIP2 akan diterima di sini.

 “Saya tahu orang Malaysia suka Kajol dan pasti nak menonton lakonannya lagi selepas Dilwale.

Lagipun filem ini diarah oleh anak Rajinikanth yang merupakan kenalan saya,” katanya.

 Filem yang disiarkan dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu itu akan menemui penonton di pawagam Ogos ini.[SH]
loading...
loading...

0 Response to "#TERUJA ~ Kajol terkejut dengan peminat Malaysia"

Catat Ulasan