SinarHairan

Video Wanita Dalam Pantang Ditendang Di PPR Kota Damansara

loading...
Kota Damansara - Pihak plis sedang giat memburu seorang wanita selepas di dapati memukul wanita lain yang sedang berpantang sehingga mengakibatkan pendarahan serius.

Ketika kejadian dikatakan mangsa yang dikenali sebagai Siti Noorashikin Athiqa telah menegur sekumpulan orang kerana dikatakan telah membuat bising di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan tidur bayinya terganggu.

Walau bagaimanapun nasihat mangsa yang ketika itu masih lagi dalam keadaan berpantang langsung tidak di endahkan oleh kumpulan terbabit malah kumpulan terbabit terus mencabar mangsa dengan membuat bising lagi.

Menurut suami mangsa, ketika kejadian tersebut berlaku isterinya terlebih dahulu telah menelefonnya yang sedang bekerja memberitahu bahawa terdapat sekumpulan orang yang membuat bising di hadapan rumah kami di Block B-17-01 dan isteri mengenali salah seorang daripada mereka yang sememangnya tinggal di block yang sama dengan kami cuma di tingkat 10-17.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan mereka kemudiannya telah bertidak memarahi mereka sehinggalah berlaku pertengkaran mulut sebelum salah seorang wanita daripada kumpulan terbabit telah menendang perut mangsa.

Melalui rakam CCTV jelas menunjukkan sekitar kejadian tersebut yang berlaku di Block B PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan akibat daripada tindakan wanita terbabit telah mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan yang serius.

Suami mangsa telah pun membuat laporan polis berhubung kes terbabit namun suspek yang menendang perut mangsa telah pun melarikan diri dan di buru oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Menurut suami mangsa ketika dia pulang ke rumah isterinya itu sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum jiran tetangga telah menghulurkan bantuan membawa isteri ke Hospital Assunta Petaling Jaya bagi mendapatkan rawatan.

Bagi sesiapa yang ternampak tertuduh atau warisnya serta mengenalinya bolehlah terus menghubungi balai polis atau nombor telefon yang saya nyatakan di bawah ini semoga tertuduh terbabit dapat ditahan.

01123084020 - Pn. Rohana (ibu mangsa)
0178703316 - Amirul (abg mangsa)
0173316584 - Harry (suami mangsa)

Bagi Encik Dep yang telah memnuat naik kisah kejadian ini berkata bahawa tujuannya hanyalah untuk membantu mengesan tertuduh terbabit dan berharap tiada sebarang komen yang berunsurkan perkauman daripada kalangan netizen. - Encik Dep

loading...
loading...

0 Response to "Video Wanita Dalam Pantang Ditendang Di PPR Kota Damansara"

Catat Ulasan