SinarHairan

#KARAKTER LAKONAN ~ Saya puas jadi jahat: Faye Kusairi

loading...
Faye Kusairi 

PUAS menjayakan karakter antagonis, Faye Kusairi mengakui tidak takut apabila dikaitkan dengan diri sebenar.

 Selebriti berusia 30 tahun itu sebaliknya menganggap ia sebagai satu pencapaian yang membanggakan.

 “Saya OK kerana itulah pencapaian saya sebagai pelakon.

 “Kalau orang kata kita jahat dalam cerita dan anggapnya sebagai real, itu maknanya mereka terkesan dengan lakonan saya,” katanya pada Media Hiburan.

 Bahkan, pelakon 7 Hari Mencintaiku ini melihat adanya kepelbagaian watak dalam karakter antagonis itu sendiri.

 “Ketika saya menjayakan watak Syakilla, ibu mengadu tak suka menonton dalam bahagian-bahagian tertentu.

Kata ibu, dia tak boleh terima kerana itu bukan diri saya.

 “Tapi, saya suka kerana ia adalah karakter. It’s not you but you bring like it’s you.

Saya wujud dalam karakter itu dan saya boleh rancang macam-macam dengan watak itu.

 “Kalau watak baik, saya tak boleh twist, jadi macam boring,” katanya.

 Tambahnya, watak hitam turut memberi kepuasan tersendiri.

 “Saya suka watak antagonis.

Rasa ‘sedap’ membawanya dan puas!

 “Watak baik bukannya tak best, tapi lain orang lain rasanya.

Tapi jika watak baik itu sesuai dan best, saya akan ambil,” katanya.

 Dalam pada itu, Faye menafikan akan memperlahankan kerjaya seninya selepas mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada April lalu.

 “Saya masih berlakon seperti biasa malah suami juga membenarkan saya untuk terus aktif.

 “Lagipun, suami juga dalam bidang yang sama. Insya-ALLAH, saya akan kembali ke set penggambaran selepas sambutan Hari Raya nanti,” katanya.

 Pada masa sama, Faye juga masih aktif menyertai pertandingan berlumba kereta (racing).

 “Suami faham akan hobi saya. Hobi dia juga menunggang motosikal, jadi saya tiada masalah untuk meneruskannya,” katanya[SH]
loading...
loading...

0 Response to "#KARAKTER LAKONAN ~ Saya puas jadi jahat: Faye Kusairi"

Catat Ulasan