SinarHairan

"Kalau Anak Mati Macam Mana?" - Bapa Kesal Peniaga Jual Gula - Gula Bentuk 'Deodorant' -

loading...
"Kalau Anak Mati Macam Mana?" - Bapa Kesal Peniaga Jual Gula - Gula Bentuk 'Deodorant' -
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil dan masih bersekolah rendah, pasti pernah menghadapi situasi di mana mereka merengek untuk dibelikan makanan ringan.RINGAN-RINGAN TANGAN ANDA UNTUK SEBARKAN


Mungkin bila anak-anak berada di depan mata, ibu bapa masih dapat melarang dan memilih makanan ringan mana yang sesuai dan boleh dibeli.
Namun seorang bapa yang dikenali dengan nama Ameng Impian ini menceritakan pengalamannya terkejut melihat anaknya sedang menghisap 'deodarant'.
Rupa-rupanya botol yang berbentuk seakan pewangi ketiak tersebut adalah gula-gula yang dibeli anaknya di luar pagar sekolah.
Perkara ini menimbulkan kekesalan pada diri Ameng dengan sikap penjual yang tidak bertimbang rasa dan hanya mementingkan soal keuntungan.
Foto: FB Apeng Impian
"Abang jangan tunjuk pada adik tau benda-benda macam ni. Nanti adik ambil Deordarant ayah pulak hisap. Kalau adik sakit perut keracunan muntah2 mati macam mana???"
Cuba bayangkan apa akan jadi sekiranya anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa tersalah menghisap botol pewangi ketiak yang disalah sangka sebagai gula-gula?
Foto: FB Apeng Impian
Statusnya menjadi tular di media sosial dan rata-rata komen yang diterima adalah dari ibu bapa yang risau tentang keselamatan anak mereka.
Sebelum ini juga pernah kecoh tentang makanan ringan yang berbentuk seperti rokok. Ini mungkin boleh mempengaruhi minda anak-anak untuk mencuba rokok yang sebenar pula kelak.
Justeru itu, bagi peniaga di luar sana mohon lebih berhati-hati untuk memilih barangan apa yang sesuai untuk dijual. Pihak berwajib juga perlu memainkan peranan bagi memantau para peniaga untuk menghalang penjualan makanan ringan yang boleh mempengaruhi dan mendatangkan kemudaratan pada anak-anak.
Ibu bapa pula diminta untuk memberikan lebih perhatian pada anak-anak sebelum perkara buruk terjadi pada keluarga anda. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
loading...
loading...

0 Response to ""Kalau Anak Mati Macam Mana?" - Bapa Kesal Peniaga Jual Gula - Gula Bentuk 'Deodorant' -"

Catat Ulasan