SinarHairan

Al-Fatihah !! Dunia Seni dikejutkan dengan Pemergian Ary Malik yang telah disahkan meninggal dunia..

loading...
Image result for ary malik


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Ary Malik disahkan meninggal dunia pada pukul 7.17 malam tadi, menurut suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46.

Sebelum ini, Ary dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.

Ary sudah mengesan penyakitnya itu sejak hampir setahun lalu, dan pernah menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Doktor sebelum ini turut mengesyaki barah yang dihidap Ary merebak ke bahagian kepala.

Ary yang mula mewarnai dunia seni dan penyiaran tempatan sejak tahun 90-an pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup dengan Shahrul Nizam, Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik, 46, dikurniakan tiga orang anak – Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
loading...
loading...

0 Response to "Al-Fatihah !! Dunia Seni dikejutkan dengan Pemergian Ary Malik yang telah disahkan meninggal dunia.."

Catat Ulasan