SinarHairan

Dua Gadis Berusia 18 Dan 20 Tahun Dicekup Berkhalwat Bersama Warga Asing

loading...
KUALA TERENGGANU - Dua gadis tempatan yang mengaku pasangan lesbian dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki warga asing di rumah sewa pasangan kekasih tersebut, di sini, semalam oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Dalam serbuan kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, gadis berusia 18 dan 20 tahun berkenaan mendakwa baru tiga hari mengajak lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci kereta, menyewa di rumah mereka.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan penguat kuasa syariah daerah hasil maklumat awam mengenai kehadiran lelaki itu di rumah sewa pasangan berkenaan.

Katanya, hasil siasatan, lelaki tersebut memaklumkan baru sahaja mengenali dua gadis terbabit melalui rakannya dan menginap di rumah berkenaan hanya sementara menunggu mendapat kerja baru.

"Semasa disoal siasat, dua gadis terbabit mengaku mereka berdua adalah pasangan lesbian dan mereka juga mendakwa sempat melakukan perbuatan tidak bermoral sebelum ditahan penguat kuasa," katanya.

Wan Mohd berkata, semua yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Katanya, semua yang ditahan bagaimanapun dibebaskan dengan bon jaminan sebaik keterangan mereka diambil, sebelum hadir ke mahkamah bagi proses pendakwaan.-Sinar Harian
loading...
loading...

0 Response to "Dua Gadis Berusia 18 Dan 20 Tahun Dicekup Berkhalwat Bersama Warga Asing"

Catat Ulasan