SinarHairan

Bukan Saya Punca Mereka Berpisah

loading...
KUALA LUMPUR: Pelakon Mira Filzah menyifatkan dakwaan mengaitkannya sebagai punca aktor Fattah Amin dan bekas teman wanitanya, Sherry Ibrahim berpisah sebagai gosip yang tidak mempunyai asas.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, sebaliknya menegaskan dia tidak mengenali rapat pelakon itu dan hubungan mereka hanya sekadar rakan artis.

"Tidak benar dakwaan berkenaan kerana kami bukannya rapat seperti disangkakan sesetengah pihak.

"Hubungan yang wujud di antara kami hanya sekadar teman artis sahaja, tidak lebih daripada itu," katanya kepada mStar Online.

Mira ditemui pada pertunjukan fesyen jenama Siti Buhari yang diadakan di Zebra Square di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Mira berkata, dia tidak terkejut dengan gosip terbaharu itu kerana sebelum ini dia sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa artis lelaki lain.

Katanya, perkara itu terjadi mungkin disebabkan oleh statusnya yang masih solo dan pernah bekerjasama dengan lelaki dikaitkan dengannya. -mStar Online
Fattah Amin dan Sherry Ibrahim berpisah
loading...
loading...

0 Response to "Bukan Saya Punca Mereka Berpisah"

Catat Ulasan