SinarHairan

Gambar Suspek Dera Adik Kandung Hingga Maut Dan Punca Kematian Mangsa.

loading...

Siapa sangka sepasang suami isteri sanggup mendera seorang kanak kanak 2 tahun Nudzirah Nur Safiah Sabarudin hingga maut,lebih mengejutkan pasangan suami isteri tersebut memiliki pertalian darah dengan mangsa.

Di maklumkan dari laporan mymetro kematian mangsa berpunca daripada jangkitan kuman pada kecederaan lama dan baru akibat di dera dan wujudnya pengabaian oleh penjaganya yang merupakan kakak kandung dan abang iparnya.

Menurutnya, terdapat juga kesan lebam di belakang badan serta kesan luka terbakar tahap tiga di kiri kaki mangsa hingga menyebabkan terdedah ototnya.

Katanya, terdapat juga kesan koyakan di sebelah kiri kepala mangsa hingga menampakkan tulang tengkorak.

“Hasil bedah siasat itu mendapati kecederaan yang dialami mangsa tidak boleh menyebabkan kematian tetapi kerana tidak dirawat ia membuatkan kuman merebak ke seluruh badan.

Bagaimanapun Jenazah mangsa selamat dikebumikan kira kira jam 9.30 malam. Hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari sebelum dibawa kakak dan abang iparnya ke Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 3 petang.

Kanak-kanak terbabit dikatakan dipelihara kakak dan abang iparnya kerana ibu bapa mereka bekerja di Kuala Lumpur.
loading...
loading...

0 Response to "Gambar Suspek Dera Adik Kandung Hingga Maut Dan Punca Kematian Mangsa."

Catat Ulasan