SinarHairan

Dua Bapa Ayam Ditahan, Tiga Mangsa Diselamatkan Pasukan Polis.

loading...

MELAKA TENGAH - Tiga wanita disyaki menjadi mangsa ekploitasi seks diselamatkan sepasukan polis dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan di Semabok, di sini,  awal pagi tadi.

Ketiga-tiga wanita warga asing itu selamatkan anggota dari Bahagian Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Judi (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di rumah berkenaan kira-kira jam 1 pagi.

Menurut sumber, dua lelaki tempatan disyaki bapa ayam turut ditahan sebelum  mereka mendakwa urusan promosi dan tempahan pelanggan dibuat melalui aplikasi Wechat.

"Serbuan itu adalah hasil penyamaran anggota D7 yang bertindak sebagai pelanggan yang menyamar kemudian berjaya memasuki premis tersebut kira-kira pukul 1 pagi sebelum pasukan lain menyerbu rumah tersebut.

"Pemeriksaan mendapati tiga orang wanita warga asing berusia 25 hingga 29 tahun berada dalam premis tersebut dan hanya seorang mempunyai dokumen perjalanan," katanya.

Sumber berkata, polis juga merampas beberapa barangan termasuklah dua keping kondom, tiga helai tuala, satu gulung tisu, wang tunai bernilai RM160 dan sebuah telefon bimbit jenama Lenovo.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Kominsioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan tangkapan babitkan lelaki berusia 37 dan 40 tahun dalam operasi dipanggil Ops Pintas.

"Kita akan memohon perintah perlindungan sementara (IPO) terhadap ketiga-tiga mangsa sementara dan dua lelaki itu ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007)," katanya.-Sinar Harian
loading...
loading...

0 Response to "Dua Bapa Ayam Ditahan, Tiga Mangsa Diselamatkan Pasukan Polis."

Catat Ulasan