SinarHairan

“Empat Bulan Saya Diam , Tapi Dekat Mata Orang, Saya Jahat Dan Zalim”. Saya Berdoa Dan Tuhan Itu Maha Adil

loading...
Oleh Feyra Nasrom Vdeo mstaronline

Berikutan penceraian talak satu terhadap isteri, Zila Seeron, pelakon dan pelawak, Along Cham memohon agar bekas isteri segera memohon maaf kepada kedua ibu bapanya. Sebelum ini, gossip keretakan rumah tangga mereka tersebar dikatakan berpunca pada Along namun tanggapan orang yang menuding jari itu merupakan perkara biasa. Jelas Along, selama apa yang berlaku dalam rumahtangga, dia hanya memilih untuk berdiam diri sehingga bekas isteri sendiri tunjuk perangai dan karakter sebenar kepada orang ramai.

“Awak tengok sendirilah, nilailah. Empat bulan saya diam. Awak nilailah. Saya tak boleh nak cakap pasal dia yang bukak semua karakter. Sebab kat mata orang, semua orang nampak saya jahat, saya zalim”

Sebelum ini, Along Cham dituduh sengaja memisahkan anak dengan ibu sehingga mencetuskan pelbagai tohmahan dan kritikan terhadap pelawak itu,
“Sebagai seorang bapa, bapa mana nak pisahkan mak dengan anak? Sebab keluarga saya bukan dalam keluarga penceraian. Takkan saya nak tengok penceraian berlaku dalam keluarga saya. Diri saya sendiri,”

Walau bagaimanapun, hak penjagaan anak berpihak pada Along Cham dan penceraian ini terjadi selepas bekas isterinya ditangkap khalwat bersama teman lelaki di sebuah apartment di Bukit Jalil pada 14 Ogos lalu.
loading...
loading...

0 Response to "“Empat Bulan Saya Diam , Tapi Dekat Mata Orang, Saya Jahat Dan Zalim”. Saya Berdoa Dan Tuhan Itu Maha Adil"

Catat Ulasan