SinarHairan

Ustaz Kazim Akur dan Redha dirinya di kenakan Sihir HITAM, Santau

loading...





Penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias mendedahkan dirinya pernah disihir dan disantau beberapa kali.

Peristiwa beliau telah disantau itu kini viral di aplikasi Whatsapps.

Dalam mesej tersebut, Ustaz Kazim menceritakan peristiwa beliau yang telah disantau.

Semuanya bermula pada tahun 1996 apabila beliau menjadi imam qiamullai dan selepas solat subuh, beliau mengalami sakit dada dan badan tiba-tiba sahaja menjadi lemah.

Beliau yang kemudiannya pergi mendapatkan rawatan di Kedah dan Batu Kurau.

“Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat dan di Batu Kurau dapatlah jawapan… saya disantau, kuku semua hitam, badan susut mendadak… beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya tuhan sahaja yang tahu,” katanya.

Beliau berjaya di ubati namun terpaksa berpantang makan iaitu beliau tidak boleh makan makanan yang tajam dan berbisa seperti tebu, rebung dan kambing.

Serangan terhadap beliau menggunakan santau ini terjadi beberapa kali sehingga menganggu aktiviti dakwahnya sehinggakan beliau terpaksa berpindah dari rumah sewanya ke rumah sendiri di Batu Gajah.

Namun sesuatu yang mengejutkan apabila sepasang suami isteri telah datang berjumpa dengannya dan memberitahu bahawa merekalah yang telah menganiaya beliau gara-gara mereka terasa apabila Ustaz Kazim menegur dalam kuliah tentang orang yang berjemaah di masjid.

Ekoran daripada pengakuan tersebut, beliau telah memaafkan pasangan tersebut dan beberapa orang lain yang telah menganiaya beliau.

“Tak apa, Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dalam hati,” katanya lagi.

Namun dakwa beliau, pada 2001 merupakan dugaan yang paling berat yang pernah dilalui olehnya sehinggakan beliau telah mengambil inisiatif untuk belajar ilmu perbuatan Islam.



loading...
loading...

0 Response to "Ustaz Kazim Akur dan Redha dirinya di kenakan Sihir HITAM, Santau"

Catat Ulasan