Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa yang lebih dikenali sebagai SD Johari, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.





Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa bersama rakannya, Noorazly Ja’Alam, 41, dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur sebelum kereta mewah jenis Mercedes-Benz E250 dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) , Batu Pahat untuk dibedah siasat, manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan dan di hantar ke hospital sama untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE