loading...
Jangan jadi 'Seri Paduka' di rumah sepanjang masa. Dah sama-sama bekerja, kenalah tanggung kerja rumah itu bersama-sama. Takkan nak biarkan isteri seorang buat kerja, memasak, cuci pinggan, basuh baju, menyapu, urus anak. Sedangkan suami hanya duduk bersila dan baca suratkhabar atau menonton televisyen. Bila cukup masa saja, baru bangkit untuk makan.
Kalau isteri tak bekerja, tak mengapalah sangat. Tetapi kalau dah sama-sama bekerja, tak boleh amalkan jadi 'Seri Paduka' sepanjang masa. Untuk mengeratkan hubungan dan kasih sayang, apa salahnya tolong isteri sikit-sikit.
Kecualilah isteri memang kemaruk sangat nak buat kerja rumah seorang diri.
"Abang jangan sentuh apa-apa, biar saya seorang saja yang buat kerja ini," kalau mereka berkata begitu ikhlas dari lubuk hati semata-mata mahu menjadi isteri yang solehah.
Tetapi kalau isteri dok muncung buat kerja seorang-seorang, kenalah buatl sesuatu untuk hilangkan muncungnya itu ye para suami. - Dipetik dari buku 'Ini Kisah Suami Isteri 2' | DItulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Takkan Nak Biarkan Isteri Buat Kerja Rumah Seorang Diri?'"
Catat Ulasan