loading...
Kereta mewah tetapi otak pemiliknya tidaklah seberapa mewah apabila bertindak bodoh dengan menganiaya pemilik kenderaan yang lain.
Itulah yang dialami oleh mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dalam insiden yang berlaku di tempat letak kereta sebuah bangunan.
"Ini satu sifat manusia yang tidak bermoral. Salah sendiri, kereta saya pula yang dipancitkan. Jangan ingat bila guna kereta besar, boleh buat sesuka hati. Penat saya nak bawa anak-anak. Tolong viralkan sifat pemilik kereta merah yang kurang akal ini," kata Mohd Fadzil di laman Facebooknya.
Bagi mempertahankan dirinya tidak bersalah, Fadzli memuat naik beberapa gambar bukti yang menunjukkan keretanya diparkir dalam petak tanpa mendatangkan masalah pada pengguna yang mahu menggunakan petak parkir di bahagian tengah.
Tanpa sebarang rasa bersalah, pemiliknya menganggap ruang sempit di bahagian kanannya itu disebabkan oleh kereta Perodua Kancil tersebut, lalu bertindak memancitkan tayarnya.
Bagaimanapun, Fadzil tidak membuat laporan polis dan hanya meminta orang ramai menyebarkan gambar itu di media sosial agar pemiliknya sedar akan kesalahan dirinya sendiri. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Dia Yang Tak Reti Parking, Dia Pancitkan Tayar Kereta Aku'"
Catat Ulasan