SinarHairan

Kejadian Kren Runtuh di Mekah, 107 dikhuatiri terkorban dan 238 lagi cedera ( GAMBAR )

loading...


Kren Runtuh di Mekah

107 dikhuatiri terkorban dan 238 lagi cedera

(Press Statement given to media tanah suci at 8.20pm Saudi time).

Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan berlakunya kejadian kerugntuhan kren di dalam Masjidil Haram pada lebih kurang jam 5.00 petang (waktu Saudi) akibat rebut pasir dan hujan lebat.

Buat masa ini sejumlah enam (6) orang jemaah haji Malaysia terlibat dimana seorang daripadanya telah dilaporkan patah kaki dan lima yang lain cedara ringan.

BACA : Senarai nama jemaah haji Malaysia yang cedera dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram.

Pasukan kebajikan dan perubatan telah dikerahkan untuk memberikan rawatan dan membuat pemeriksaan di kawasan terbabit. Ini bertujuan untuk meninjau serta memastikan keadaan Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Semua yang cedera telah dikenal pasti dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan TH di tempat kejadian.

Jemaah Haji yang patah kaki telah dihantar ke Hospital Tabung Haji untuk rawatan lanjut.

Pasukan perubatan TH telah berada di hospital Arab Saudi bagi mengenalpasti sekiranya terdapat lagi jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

TH akan memaklumkan perkembangan ini dari masa ke semasa.

Lagi gambar :









loading...
loading...

0 Response to "Kejadian Kren Runtuh di Mekah, 107 dikhuatiri terkorban dan 238 lagi cedera ( GAMBAR )"

Catat Ulasan