SinarHairan

CIRI CIRI LELAKI PENGHUNI NERAKA

loading...


1. KESILAPAN SEORANG AYAH
Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan perilaku anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji, membaca, mengamalkan dan memahami ayat-ayat Al-Quran dan hal lainnya.
Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat/berhijab. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya sendiri.

2. KESILAPAN SUAMI
Apabila suami tidak menegur tindak tanduk isterinya, seperti bergaul bebas, tak jaga solat, tak minta izin itk keluar rumah, berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya, walaupun suami adalah orang yang alim, suami yg jaga solat, suami yg jaga puasa, dia kelak akan turut ditarik oleh isterinya masuk ke dalam Neraka.

3. KESILAPAN SAUDARA LELAKI
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (ABANG, PAK CIK). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau anak saudara dibiarkan menyimpang daripada ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.

Duhai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Anda juga akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak.

4.KESILAPAN ANAK LELAKI
Apabila seorang anak laki-laki tidak menasehati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam, seperti melakukan berbagai kemungkaran, mengumpat, memfitnah, gosip, dan hal-hal lain yg di tegah oleh agama,
maka anak itu akan ditanya dan di pertanggung jawabkan di akhirat kelak. Dan dia akan bersama menemani ibunya kelak di Neraka.

Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai, kerana ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman neraka.
jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalam panasanya api neraka yg jauh melebihi panas matahari.
loading...
loading...

0 Response to "CIRI CIRI LELAKI PENGHUNI NERAKA"

Catat Ulasan