SinarHairan

Yazid Search Masih Tunggu Penderma Buah Pinggang

loading...
Yazid Search, satu nama yang cukup popular dikalangan peminat muzik rock tempatan, namun nasibnya kini sungguh memeritkan apabila telah menunggu selama 6 tahun untuk penderma yang bermurah hati. Namun, pemain dram kumpulan Search ini percaya akan ada seorang insan yang sudi membantu mendermakan buah pinggang kepadanya.



Saya sekali lagi merayu jika ada pihak yang sudi menderma. Saya benar-benar memerlukannya ketika ini. Kita tahu memang susah sikit mahu mencari penderma organ, tetapi saya tetap berharap. Sebagai pesakit buah pinggang memang apa yang saya lalui sejak enam tahun lalu bukan mudah. Sebab itu kalau boleh saya mahu segera sembuh.

Yazid yang kini sudah berusia 53 tahun dimasukkan semula ke wad Hospital Kuala Lumpur setelah doktor mendapati terdapat keracunan di bahagian jantungnya dan atas nasihat doktor beliau tidak dapat menjalani ibadah puasa serta akan terus ditahan di hospital sehingga Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Yazid, sejak dimasukkan ke wad pada 20 Jun lalu, tidak ada seorang pun ahli kumpulan Search yang menelefon untuk bertanya khabar.

Jauh panggang dari api mereka hendak melawat saya. Kalau selepas ini mereka datang melawat kerana wartawan sudah beritahu anggota Search tidak datang melawat, hendak buat apa? Kalau datang hendak ‘perang’ dengan saya mengenai perkara ini pun peranglah. Saya tidak boleh cakap apa. Buat apa saya hendak tipu mengenai perkara ini.

Kesihatan saya sudah lemah sampai tahap 90 peratus dan berada di atas katil. Agaknya kalau dah 99 peratus pun mereka tak akan datang.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Yazid bin Ahmad 014271219687.

Marilah sama-sama membantu beliau tidak kisah nilainya kecil mahupun besar kerana ia mungkin boleh mengubah hidup beliau. Doakan juga agar Yazid terus tabah menghadapi ujian ini.


Sumber Berita: Malaysian Digest
loading...
loading...

0 Response to "Yazid Search Masih Tunggu Penderma Buah Pinggang"

Catat Ulasan