SinarHairan

Fakta Tentang Planet Pluto Yang Kita Tidak Tahu

loading...

Pluto mempunyai gunung diperbuat daripada ais yg mempunyai ketinggian 3300 meter!

Amat sedikit kawah di Pluto setakat ini, menandakan permukaan Pluto 'muda' dan pernah 'aktif secara geologinya' sebelum ini.

Bulan Hydra pun turut terdiri daripada ais air (water ais)

Kutub Charon gelap itu diberi nama gelaran 'Mordor' 

Kawasan yang kita zoom pada Pluto ialah di kawasan 'Love' penjuru kanan bawah.

Kawasan 'Love' Pluto diberi nama "Tombaugh Regio" bersempena nama Clyde Tombaugh yang menjumpai Pluto.

Garisan hitam di penjuru kanan atas Charon, ia adalah sebuah ngarai yang mempunyai kedalaman 4-6 BATU !!

Ahli astronomi masih belum pasti dari mana datang tenaga di Pluto yang boleh menghasilkan permukaan sebegitu kerana Pluto ni sejuk dan jauh!

Gunung Pluto tingginya 3300 meter dan diperbuat daripada water ice. Gunung Everest di Bumi tingginya ~9000 meter yang diperbuat daripada batu! Beza tu!

Atmosfera Pluto sedang 'hilang' sikit demi sedikit, proses yang sama pernah berlaku pada Bumi bilion tahun dahulu.

Buat masa ni semua masih pening-pening lalat! Kena tunggu sikit sebelum saintis dapat memahami apa yang dapat dilihat menerusi foto-foto ini.

Foto terbaru ini boleh juga didapati di http://www.nasa.gov/mission_pages/newhorizons/images/index.html

Bab kata depa, "This is just the beginning!"

Sumber: falakonline

loading...
loading...

0 Response to "Fakta Tentang Planet Pluto Yang Kita Tidak Tahu"

Catat Ulasan