SinarHairan

TRAGEDI LAWYAT – TANDA MASYARAKAT KITA BERPENYAKIT HATI

loading...
Meneliti berita yang sengaja ditiup dan diperbesar-besarkan berkaitan isu ini membuat kita jadi sesak nafas. Isu perkauman yang dilarang keras oleh Rasulullah SAW ini nampaknya sengaja dimainkan.
Nyilu sekali apabila jeritan Cina sana, Melayu sini, India situ sering dilaung-laungkan. Malu dengan mereka-mereka yang tidak terlibat dan masih berhati nurani malah adakalanya lebih prihatin daripada Melayu Islam yang biasanya dikenali sebagai penyantun dan berbudipekerti.


Apabila isu sekecil ini boleh mencetuskan kekecohan sedemikian rupa, ini menggambarkan tahap pemikiran kita terlalu rendah dan jauh terkebelakang. Terasa malu melihat rakaman CCTV yang menayangkan 'aksi biasa' yang sering berlaku di kaunter itu... samada peniaga menipu pembeli atau barang dilarikan pencuri. Apapun dikatakan berlaku penipuan dan pembeli yang dikatakan mencuri itu ada resit.
Samada benar pemuda Melayu itu mencuri, atau benar penjual Cina itu menipu, ia sudahpun diserahkan kepada Polis. Mengapa lagi perlu kita merusuh? Sudahlah ekonomi kita kini dalam keadaan nazak, kita gelapkan lagi dengan kekecohan begini.
Sebenarnya ini bukanlah isu perkauman sama sekali. Penglibatan 2 kaum itu hanya kebetulan sahaja. Yang jelas, orang Melayu sekarang pun sudah hebat. Dahulu hanya orang Cina sahaja yang pandai pakai ‘kongsi’. Dahulu orang Cina sahaja yang ramai merompak dan samun bersenjata, tetapi kini orang Melayu pun sudah buat benda yang sama. Penglibatan Melayu dalam kes ragut dan pecah rumah semua sedia tahu.
Ya, dengan rendahnya akhlak, kefahaman dan penghayatan agama, maka orang Melayu kini sudah hilang timbang taranya. Jangan kata dengan India dan Cina, dengan sesama Melayu pun serupa sahaja. Hanya sedikit perselisihan faham sesama rakan niaga di bazar ramadhan dan Up-Town pun boleh berbunuhan. Sesama pelajar, baik lelaki mahupun perempuan, bahkan hanya kerana bola pun sanggup gaduh dan saling merusuh.
PENGALAMAN RPWP
Kami ada berpuluh lapuran polis hanya untuk kes kecurian dan penipuan sahaja. Banyaknya gagal dikesan walaupun ada juga yang berjaya kami kesan dan tangkap. Penjenayah memang selalunya akan cakap berbelit-belit, maka pasti ada yang kena rotan atau penampar oleh sukarelawan kami sewaktu berlaku 'public arrest'. Yang penting mereka dipesan agar tidak mencederakan dengan objek keras.
Selepas ditangkap biasanya akan kami beri nasihat. Ada juga yang insaf lalu kami terima sebagai keluarga untuk dididik dan dipulihkan akhlaknya. Tetapi ramai sekali yang mendapat pembelaan dari ibubapa dan rakan ‘kongsi’ mereka. Bukan sahaja sesama Melayu Islam, bahkan mereka tahu bahawa yang mereka khianati adalah harta anak Yatim pun.
Yang anihnya ada yang sudah tertangkap, kami nasihati dan insaf. Tiba-tiba datang pula ahli keluarga bersama suku sakat dan rakan-rakan ‘kongsi’ mengamuk macam orang gila di rumah kami dengan bongkaknya. Jika tidak mengenangkan keselamatan anak-anak dan ibu-ibu, mahu sahaja rasanya kami bunuh mereka yang menceroboh di dalam perkarangan rumah kami itu. Jenuh melurut dada menahan hati.
Kononnya mereka mampu ganti barang yang dicuri biar berapa pun harganya, tetapi tidak rela adiknya dirotan. Urusan jenayah itu urusan polis katanya. Mereka kata yang mereka tahu undang-undang, namun tidak pula pakai undang-undang mengamuk di rumah orang yang membolehkan mereka dicederakan oleh tuan rumah atas alasan mempertahankan diri. Tidakkah itu bodoh sombong namanya?
Ada pula ibubapa yang melindungi perbuatan salah anaknya yang masih di bawah umur. Mereka buat lapuran polis kononnya untuk meminta ganti rugi kerana anaknya dirotan. Padahal anaknya tidak cedera pun. Pegawai penyiasat pun geli hati dengan 'jumlah gantirugi' yang diminta. Nasihat pegawai polis tidak didengar. Terpaksalah diancam untuk menangkap si bapa kerana membiarkan anaknya ‘berkeliaran’ dan melakukan jenayah.
Dalam isu maksiat contohnya, begitu banyak CCTV kami merakam berbagai aksi terkutuk. Kerana ia tidak melibatkan kecederaan dan kematian, maka masyarakat kurang ‘minat’ untuk menanganinya. Ibubapa pula terlalu bersikap ‘denial & defensif’. Akhirnya terpaksalah ianya diperap sahaja sebagai pelajaran untuk anak cucu sendiri.
KESIMPULAN
Kita ucap tahniah kepada PDRM kerana berjaya membendung kes ini daripada melarat. Takut juga dengan kesan berita yang disebar melalui group dan laman sosial. Ingatlah, kita harus beri peluang kepada PDRM untuk melaksana penguatkuasaan dan undang-undang. Jangan sampai urusan keselamatan ini diambil alih oleh ‘tentera’.
Takziah kepada mereka yang tercedera dan mengalami kerugian hartabenda. Jelas dalam video yang tersebar ada yang memukul menggunakan kayu (benda keras). Itu satu jenayah yang jelas. Apapun, kita amat yakin pihak polis akan mampu menangkap mereka yang terlibat itu berdasarkan kecekapan yang kita perhatikan di masa lalu.
Ingatlah pesan Nabi SAW, “tidak Islam (bukan umat baginda) mereka yang assobiyah”. Di bulan Ramadhan katanya syaitan diikat. Jika perangai dan kerjabuat syaitan masih berlaku juga, dikhuatiri kitalah Syaitannya.
Harmonikan suasana, tenangkan jiwa untuk menyempurnakan puasa dan menyambut hari raya. Ingatlah, pergaduhan dan rusuhan ini tidak menguntungkan sesiapa. Menang jadi abu, kalah jadi arang. Yang sedihnya akan ramai orang yang tidak berdosa bakal menjadi mangsa. Mereka mungkin anak isteri dan saudara mara kita juga.
SELAMAT MENYEMPURNAKAN RAMADHAN AL-MUBARAK.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN
Warga Prihatin.

Artikel ini dipetik dari Pages Facebook Warga Prihatin.
loading...
loading...

0 Response to "TRAGEDI LAWYAT – TANDA MASYARAKAT KITA BERPENYAKIT HATI"

Catat Ulasan