loading...
Ada terbaca orang kata kalau Filipina claim Sabah, Malaysia pun boleh claim Mindanao sebab pengasas Kesultanan Sulu orang Johor. Sulu pernah menguasi sebahagian Mindanao.
B oleh ke? Tak boleh.Tuntutan Filipina tak lah merepek malah ada asasnya. Cuma asas Malaysia lagi kuat.
Dalam undang-undang antarabangsa, tempat lahir pengasas sebuah kerajaan tak diiktiraf sebagai asas untuk menuntut mana-mana wilayah.
Nak tuntut hak sesebuah wilayah, penuntut kena tunjukkan dia ada "sovereignty" ke atas wilayah tersebut.
Sovereignty boleh dibuktikan melalui cession (penyerahan), conquest (penaklukan), occupation (pendudukan ke atas tanah tak bertuan atau "terra nullius"), prescription (pendudukan ke atas tanah bertuan tanpa bantahan) atau accretion (tambakan).
Katakan negara A pergi menakluk kawasan X, maka dia ada hak ke atas kawasan tu menerusi "occupation". Kalau negara B datang buat perjanjian dengan A dan A bersetuju untuk menyerahkan X kepada B, maka berlaku "sovereignty transfer" dari A kepada B menerusi "cession".
Sejarah silam tak boleh dijadikan bukti sovereignty. Kalau tak syok habis Mongolia. Filipina claim Sabah pun bukan sebab faktor sejarah (Kesultanan Sulu pernah menguasai Sabah timur) tapi berdasarkan claim adanya sovereignty.
Filipina kata tak berlaku sovereignty transfer antara Kesultanan Sulu dan mana-mana pihak mengenai Sabah timur. Jadi Sulu masih mempunyai sovereignty ke atas Sabah timur yang dipajak (leased) kepada Gustav Overbeck. Dan hak sovereignty Sulu kini dah di-transfer kepada Filipina.
Cerita dia macam ni: dulu Kesultanan Brunei memerintah Borneo utara dari hujung Sarawak hingga hujung Sabah. Selepas perang saudara Brunei tahun 1660-1673, Sultan Muhyiddin menghadiahkan sebahagian timur Sabah kepada Kesultanan Sulu yang membantu dia mengalahkan Sultan Abdul Hakkul Mubin.
Pada tahun 1877, seorang mamat scammer bernama Overbeck berjaya memujuk Sultan Brunei bagi kawasan barat Sabah kat dia. Lepas tu dia pergi pulak ke Sulu memujuk Sultan Jamalul Azam bagi timur Sabah kat dia menerusi perjanjian bertarikh 22 Januari 1878.
Overbeck ni asal Jerman tapi buat joint venture dengan Alfred dan Edward Dent dari Britain. Lepas dapatkan Sabah barat dan timur, Overbeck dan Dent Brothers gabungkan ia jadi "North Borneo" iaitu Sabah yang kita kenali. Dent Brothers kemudian menubuhkan North Borneo Company, memerintah North Borneo sehingga tahun 1946 apabila ia diserahkan kepada Britain jadi jajahan.
North Borneo diberi kemerdekaan pada tahun 1963, dan digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia bawah nama Sabah. Filipina bantah sebab Filipina memahami perjanjian 1878 sebagai pajakan di mana Overbeck dan Dent bayar 5000 peso setahun (dinaikkan jadi 5300 pada tahun 1903) kepada Sultan Sulu. Justeru Britain tidak berhak nak serahkan Sabah timur kepada Malaysia.
North Borneo Company berhenti membayar 5300 mulai tahun 1936 selepas Kesultanan Sulu pupus dengan kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II. Tapi Filipina anggap perjanjian tu masih sah sebab "waris" Kesultanan Sulu masih ada. Malah pada tahun 1962 Presiden Diosdado Macapagal siap berjumpa dengan waris Mohammad Esmail Kiram, anak kepada adik Jamalul Kiram II untuk dapatkan persetujuan kerabat Sulu bagi transfer-kan sovereignty ke atas Sabah timur kepada Kerajaan Filipina.
Tapi Britain anggap tuntutan Filipina ni tak sah sebab perjanjian 1878 tu dah transfer sovereignty Sabah timur melalui "cession". Britain memahami perkataan seperti "sampai selama-lamanya" "selagi ada bulan dan bintang" tu sebagai "permanent lease" yang sama maksud dengan "cession".
Pajakan menurut pemahaman Britain ada had tempohnya, macam China pajakkan Hong Kong selama 99 tahun sehingga Britain memulangkan Hong Kong pada tahun 1997. Sebab tu kalau buat perjanjian dengan Mat Saleh jangan nak ayat berbunga-bunga. Kan kena.
5300 peso tu bagi Britain adalah pampasan (macam pampasan yang Britain bayar kepada Sultan Johor untuk Singapura). Itu juga pemahaman Malaysia dan kerajaan membayar "cession money" sebanyak RM5,300 setahun kepada waris Sultan Sulu. Cuma waris Sultan Sulu dan kerajaan Filipina masih anggap ia sebagai bayaran pajakan.
Dan lebih penting, selain sovereignty transfer, ada satu lagi prinsip dalam undang-undang antarabangsa iaitu penentuan nasib sendiri (self-determination) yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Charter).
Prinsip ni lagi power daripada sovereignty transfer. Sebab tak kira negara A atau B pemilik sovereignty ke atas kawasan X, penduduk kawasan X tetap boleh menentukan diorang nak jadi warga A, B atau merdeka terus menerusi referendum.
Berdasarkan prinsip ini, Sabah (merangkumi Sabah timur) sah sebagai sebahagian Malaysia menerusi proses pungutan suara Suruhanjaya Cobbold di mana rakyat Sabah bersetuju untuk join Malaysia. Cuma Filipina kata ia tak sah sebab bukan referendum yang betul.
So ada 2 benda yang kita boleh argue dengan Filipina: (1) pajakan 1878 itu adalah bersifat penyerahan atau "cession", dan (2) rakyat Sabah dah menjalani hak "self-determination" dengan memilih untuk join Malaysia. Kes dah tutup. Bukannya buat teori Malaysia pun boleh claim Mindanao, claim Pattani, boleh Riau. Tu semua terlebih makan kerepek.
Tapi isu Sabah ni bukan sangat pasal "legality". Tak kira lah asas Malaysia kuat macam mana pun, Filipina mahu Sabah juga.
Katakan Kesultanan Sulu tak pernah wujud, Filipina pun akan cari asbab lain untuk claim.
Kenapa? Kalau Filipina menguasai Sabah, Filipina pun ada hak ke atas kawasan perairannya, maka dengan itu Filipina boleh bolot seluruh kawasan perairan Kepulauan Spratly, atau "Kalayaan" menurut Filipina. Tak perlu share dengan Malaysia. Brunei pun tak aktif nak claim.
Macam-macam kawasan tu ada, especially minyak. Meleleh air liur Filipina tengok. Dan bukan Filipina je yang minat, ada lagi yang tengah mengintai. Yang senyap-senyap ni lagi bahaya daripada Filipina yang lantang
Pencerobohan Pantai Timur Sabah - Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013
Pada 11 Februari 2013, telah berlaku satu pencerobohan di bahagian timur Sabah oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut Jamalul Kiram III. Kehadiran mereka adalah disebabkan ingin menuntut pengiktirafan kedaulatan ke atas Sabah dan hak untuk selama-lamanya tinggal di negeri ini. Namun, perlakuan ini telah ditentang sekeras-kerasnya oleh kerajaan Filipina.
.
loading...
loading...
0 Response to "Sabah Milik Malaysia!"
Catat Ulasan