SinarHairan

PATI: Segera tinggalkan Sabah jika tiada dokumen sah, operasi besar-besaran dalam masa terdekat

loading...
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pendatang tanpa izin (PATI) yang gagal berbuat demikian dan berhasrat terus menetap di Negeri Di Bawah Bayu itu bakal ditangkap menerusi operasi besar-besaran dalam tempoh terdekat.
حمزه: سڬرا تيڠڬلكن سابه جك تياد دوكومن سه، اوڤراسي بسر-بسرن دالم ماس تردكت

Mana-mana individu tanpa sebarang dokumen di Sabah diberi peringatan supaya pulang ke negara asal secepat mungkin.

P endatang tanpa izin (PATI) yang gagal berbuat demikian dan berhasrat terus menetap di Negeri Di Bawah Bayu itu bakal ditangkap menerusi operasi besar-besaran dalam tempoh terdekat. Memberi peringatan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kerajaan komited untuk merungkai masalah lambakan warga asing tanpa dokumen sah di Sabah.


Hasil penelitian lanjut, katanya, isu lambakan warga asing di negeri terbabit semakin meruncing kerana masih wujud pengeluaran kad yang tiada perakuan oleh mana-mana agensi rasmi.


“Saya ingin tegaskan, kerajaan tidak akan keluarkan lagi kad IMM13 tetapi yang jadi masalah sekarang sehingga berderet nak daftar bukan IMM13.


“Sebaliknya dokumen lain yang kita sendiri tidak tahu siapa ingin keluarkan dalam zaman kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN).


“Oleh itu, saya ambil tindakan untuk memastikan tiada lagi pengeluaran dokumen selain yang sedia ada buat masa ini.


“Kita nak selesaikan isu warga asing di Sabah, justeru sesiapa yang tidak mempunyai dokumen dan tinggal di Sabah, cepat pulang ke negara asal kerana kita akan buat operasi besar-besaran,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

loading...
loading...

0 Response to "PATI: Segera tinggalkan Sabah jika tiada dokumen sah, operasi besar-besaran dalam masa terdekat"

Catat Ulasan