loading...
PELAKON, Ako Mustapha berkata berat badannya kini sudah mencecah 70 kilogram dari 90 kilogram sejak dua tahun lalu.
Menurut laporan mStar Online, imej terbaharu aktor terkenal ini adalah atas dorongan dan ketegasan daripada isterinya iaitu Kartina Abdullah.
“Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak sebaliknya ia usaha yang memakan masa dua tahun untuk mengurangkan 20 kilogram!
“Ini semua hasil ketegasan isteri saya yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat.
"Kebiasaannya dia akan pantau apa yang saya makan dan paksa saya bersenam. Apa dilakukan semuanya untuk kesihatan saya," ujarnya.
Begitu pun, Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 46, berkata, perubahan yang dilakukan itu demi untuk kebaikan kepada dirinya sebagai pelakon.
Dalam perkembangan terbaru, Ako kini selesa bekerja dibelakang tabir sebagai penerbit program televisyen dan beberapa projek lain.
loading...
loading...
0 Response to "#SEKALI MUNCUL ~ Imej terbaharu Ako Mustapha selepas dua tahun"
Catat Ulasan