SinarHairan

#PENGAKUAN BERANI ~ Saya sedia bermadu - Umie Aida

loading...
Datin Seri Umie Aida sekeluarga 

 PELAKON, Datin Seri Umie Aida memberitahu dia sudah bersedia untuk hidup bermadu jika suaminya ingin berkahwin lagi.

 Pelakon filem Dukun ini juga berkata, rumah tangga yang telah terbina lapan tahun lalu tidak mengalami sebarang masalah.

 "Tak ada apa-apa yang berlaku pun, cuma sebelum perkara lain yang tidak diingini berlaku elok saya izinkan. 
 "Dengan izin-Nya InsyaALLAH hidup cuma sementara kenapa saya perlu pentingkan diri sendiri bukan?," kata Umie. 

 Pada masa sama, Umie tidak berkesempatan untuk bercakap lanjut mengenai kriteria bakal madu sebab suaminya,

Datuk Seri Kharudin Abu Hassan telah memarahinya.

 "Dia kata kepada saya, jangan merepek dan meroyan tak tentu fasal dan jangan buat kerja gila," katanya kepada Sinar Harian.

Status laman media sosial dari Umie Aida

Sejak status itu dikongsi, Umie dihujani dengan pertanyaan daripada kawan-kawannya.

 "Ada juga beberapa kawan saya mesej dan bertanyakan hal ini sama ada saya ok ke tidak? Saya ok jangan risau, mungkin emosi gerhana bulan," ujarnya sambil ketawa. 

 Untuk rekod, Umie dan suami mendirikan rumah tangga pada Mac 2010.

Pasangan ini masih belum menimang cahaya mata, namun Umie membesarkan dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.

 Sementara itu, Umie yang ditemui di Asia Islamic Fashion Week, memberitahu, kemunculannya pada acara seumpama itu hanyalah hobinya.

 "Saya suka dengan acara sebegini, tetapi tidaklah sampai terfikir untuk mengeluarkan koleksi sendiri.
 "Biarlah mereka yang bijaksana dalam bidang fesyen sahaja yang berkarya dan saya dengan bidang seni lakonan," katanya jujur.[SH]
loading...
loading...

0 Response to "#PENGAKUAN BERANI ~ Saya sedia bermadu - Umie Aida"

Catat Ulasan