loading...
Pengasuh Taska Racun 10 Kanak kanak|Sepuluh kanak-kanak di dimasukkan ke hospital selepas pengasuh sebuah Taska bertindak kejam meletakkan Racun skizofrenia (orang sakit mental) kedalam makanan mereka.
Menurut laman tempatan, kejadian berlaku di Kindergarten Hongri di bandar Dongguan Cina pada 15 Mac lalu.
Tambah sumber, pengasuh kejam itu sudah ditahan polis dan punca suspek bertindak sedemikian adalah bermotifkan Berangan kerana tidak mendapat kenaikan gaji daripada majikannya.
Pada hari kejadian, beberapa kanak-kanak dilaporkan mengalami pening dan sebilangan mereka turut pengsan selepas habis waktu pembelajaran, lapor Southcn.com.
Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis selepas melihat rakaman kamera pengawasan dan berjaya mengesan penjaga taska berkenaan memasukkan sesuatu ke dalam makanan kanak-kanak tersebut.
Hasil siasatan pihak polis mendapati sebotol clozapine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk pesakit skizofrenia di rumah pengasuh.
loading...
loading...
0 Response to "Pengasuh Taska Racun 10 Kanak Kanak"
Catat Ulasan