loading...
LOS ANGELES – Pelakon yang pernah terkenal kerana menjayakan watak salah seorang pahlawan dalam siri televisyen Power Rangers dihukum penjara selama enam tahun pada Khamis, selepas mengaku bersalah menikam rakan serumahnya dengan pedang hingga maut.Mahkamah California menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Ricardo Medina, 38, setelah pelakon itu pada awal bulan ini mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian dalam insiden perbalahan pada 31 Januari 2015, lapor Reuters.
Pihak pendakwa berkata, Medina menikam Josh Sutter dengan pedang samurai berkali-kali sewaktu kedua-duanya berbalah tentang teman wanita aktor itu di apartmen mereka di Palmdale, utara Los Angeles.
‘Konfrontasi berdarah’ itu membuatkan Medina menghubungi talian kecemasan 911 dan kekal berada di lokasi kejadian sehingga polis tiba.
Medina ditahan sejurus Sutter disahkan maut, namun dibebaskan beberapa hari kemudian selepas pihak pendakwa meminta kes disiasat sebagai kes profil tinggi.
Medina membawakan watak Red Lion Wild Force Ranger dalam siri televisyen kegemaran kanak-kanak, Power Rangers Wild Force.
Dia juga pernah menyumbangkan suara untuk watak Deker dalam siri seterusnya, Power Rangers Samurai, iaitu versi yang diberikan penjenamaan semula.
Medina juga pernah muncul dalam siri televisyen waktu perdana seperti drama CSI: Miami dan ER.-Agensi/Awani
loading...
loading...
0 Response to "Power Rangers Dihukum Penjara Enam Tahun Sebabkan Kematian."
Catat Ulasan