SinarHairan

Kebebasan Wanita Yang Disalah Erti

loading...


Di tengah perpecahan dunia Islam sekarang ini, kita merasakan alangkah banyaknya kekuatan yang hendak menarik, sekaligus mengeluarkan wanita dari agama dan syari’at NabiNya ke jalan yang amat jauh dari jalan yang diredhai Allah, diantaranya adalah derasnya suara seruan kebebasan wanita.
Wanita yang  kononnya disokong oleh kalangan orang-orang yang memang berfikiran liberal.
Para penyeru kebebasan wanita belakangan ini, bertambah lantang dan lancar, dengan berusaha sekuat tenaga menodai kehormatan dan kedudukan para wanita.
Semua itu pada dasarnya adalah untuk menyeret wanita agar supaya mempunyai kedudukan setara dengan kaum lelaki, agar wanita meninggalkan serta menanggalkan busana (jilbab/tudung) muslimahnya, agar wanita bekerja di sektor-sektor pekerjaan kaum lelaki, agar wanita berhias secantik mungkin agar bertambah ayu, seksi, feminin, dan menawan  ketika keluar dari tempat tinggalnya.
Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW:
Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada fitnah kaum wanita.
Sebenarnya perkara seperti ini tidak akan  terjadi bila wanita berpegang teguh dengan jalan yang digariskan Allah sejak ribuan tahun yang lalu iaitu sebuah solusi yang mencakupi seluruh segi kehidupan wanita yang akan membawa kaum wanita ke tempat terhormat dan terhindar dari berbagai jurang kehinaan.

Makna Emansipasi/ Kebebasan Wanita

Emansipasi berasal dari bahasa latin “emancipatio” yang ertinya pembebasan dari tangan kekuasaan. Di zaman Rom dulu,   seorang anak yang belum dewasa dapat bebas dari kekuasaan ibu bapa, akan mengangkat hak dan darjatnya.
Oleh itu, makna emansipasi wanita adalah perjuangan sejak abad ke-14M, dalam rangka memperoleh persamaan hak dan kebebasan seperti hak kaum lelaki.
Jadi para pejuang kebebasan wanita menginginkan agar para wanita disamakan dengan kaum lelaki disegala bidang kehidupan, baik dalam pendidikan, pekerjaan, ekonomian mahupun dalam pemerintahan.

Hak Wanita Yang  Sempurna di Dalam Islam

Islam memberikan kebebasan kepada wanita dalam bidang pendidikan, perkahwinan, pekerjaan, politik dan kemasyarakatan.
Panduan umum al-Qur’an dan al-Sunnah terhadap kedudukan wanita adalah sama dengan lelaki dari segi kemanusiaannya, iaitu kedua-duanya mempunyai sama hak dan sama kewajipan dalam melaksanakan tugas-tugas agama seperti firman Allah Taala:
“Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa” Surah al-Nisa’ 4:1

Hak-hak ini semua tidak terdapat dalam fahaman yang menamakan dirinya “faham moden”, yang menyeru ‘Emansipasi Wanita’ itu. (Bahkan sebaliknya) mereka mengatakan bahwa Islam menghilangkan hak-hak wanita dan memenjarakannya di dalam rumah.
Apakah kerana Islam tidak menjadikan wanita sebagai “barangan murah” yang dapat dinikmati oleh setiap pandangan mata dan pemuas nafsu mereka yang bejat itu?
Inikah kebebasan yang mereka memperjuangkan? Dan inikah hak yang mereka tuntut?

 Hak-hak kemasyarakatan

Di dalam Islam seorang wanita memiliki kebebasan untuk menentukan pilihan. Islam mendorong agar wanita memberikan sumbangan pemikiran dan pendapatnya.
Ada banyak kisah di zaman Rasulullah SAW dimana para wanita mendapatkan kesempatan untuk menyampaikan pertanyaan-pertanyaan secara langsung kepada baginda dan menyampaikan pendapat mereka tentang berbagai hal seperti masalah pendidikan, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Disamping itu seorang wanita memiliki kebebasan untuk memilih calon pasangan hidupnya dan dia tetap menggunakan namanya setelah dia berkahwin dan tidak menggunakan nama suaminya. Demikian pula kesaksian wanita diakui di dalam sebuah kes atau perkara.

Hak-hak Sosial

Dalam Hadis Rasulullah bersabda: “Menuntut ilmu adalah kewajiban atas setiap muslim”.
Hadis ini menjelaskan tentang perintah menuntut ilmu bagi setiap muslim termasuk wanita di dalamnya. Lelaki dan wanita memiliki hak untuk belajar dan memahami.
Keduanya juga memiliki tugas untuk berperilaku baik dan meninggalkan perilaku buruk dalam seluruh aspek kehidupan mereka. Untuk menjalankan tugas ini seorang wanita harus mendapat pendidikan yang layak yang disesuaikan dengan fitrah, kecenderungan dan kudrat kewanitaannya.
Tugas utama seorang wanita adalah menjaga rumah tangganya, mendidik dan membesarkan anak-anaknya, serta memberikan sokongan dan bantuan bagi suaminya.
Namun demikian, apabila dia memiliki skill (kemampuan) untuk bekerja di luar rumah demi kebaikan masyarakatnya, maka boleh baginya untuk menjalani pekerjaan tersebut dengan izin suaminya dan dengan syarat dia tidak mengabaikan tugas utamanya di rumah

Hak-hak Ekonomi

Allah SWT menciptakan lelaki dan dan wanita berbeza dalam kelebihan fizikal, fungsi dan kemampuan. Secara umum Islam menempatkan wanita bertanggungjwab pada hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga, dan lelaki berkaitan dengan perlindungan dan nafkah.
Oleh itu, wanita diberikan hak utuk mendapatkan kewangan dari suaminya.
Seorang wanita dalam  Islam memiliki hak-hak istimewa untuk mendapatkan wang atau sesuatu dari suaminya, hak untuk memiliki harta peribadi, untuk melakukan kegiatan bisnes dan untuk mengelola seluruh hartanya mengikut keinginannya dan tidak seorang pun yang boleh mengambil hartanya, termasuk suaminya.

Hak-hak sebagai Isteri

Untuk memelihara cinta dan rasa aman yang muncul dari hasil perkawinan, seorang isteri memiliki beberapa hak.
Hak pertama yang dimiliki oleh seorang isteri adalah hak untuk mendapatkan mahar sebagai hadiah dari suami yang merupakan sebahagian dari perjanjian akad nikah dan merupakan salah satu syarat sah sebuah pernikahan.
Hak kedua yang dimiliki oleh isteri adalah hak untuk mendapatkan keperluan asas. Biarpun isterinya telah kaya, suami tetap diwajibkan untuk melaksanakan tugasnya memberikan atau memuhi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi isterinya.
Seorang suami tidak dipaksa untuk memberikan nafkah di luar kesanggupannya dan seorang isteri juga tidak digalakkan mengajukan tuntutan yang tidak masuk akal atau tidak beralasan yang dapat memberatkan suaminya.
Seorang isteri berhak menolak permintaan suaminya yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.
Seorang suami juga hendaknya tidak sekadar mengambil keuntungan dari isterinya, tetapi dia harus bijaksana dan mempertimbangkan keperluan dan kebahagiaan isterinya. Demikianlah Islam mengajarkan.
Apabila wanita baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik.
Sebaliknya, apabila wanita rosak, masyarakat pun akan rosak.
Sungguh, apabila mereka benar-benar memahami agama, hukum dan syari’at Allah, nescaya mereka akan mampu melahirkan generasi-generasi baru yang hebat dan berguna untuk umat keseluruhannya.



 Sumber : akuislam.com

loading...
loading...

0 Response to "Kebebasan Wanita Yang Disalah Erti"

Catat Ulasan