loading...
Hans Isaac Pernah Buat Gabriella Menangis Sebelum Cinta Berpaut
Teka-teki mengenai wanita yang berjaya menambat hati pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac akhirnya terjawab apabila dia mengumumkan akan berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson.
Menurut Hans, dia dan Gabriella, 28, akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan.
Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.
Hans, 46, mengumumkan berita gembira itu pada sidang media khas di Hotel The Majestic di sini pada Selasa dengan ditemani Gabriella.
"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini.
Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.
"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu," katanya kepada mStar Online.
Gabriella dipilih sebagai Ratu Cantik Perlancongan Antarabangsa pada 2011 dan pernah berlakon dalam siri popular, Oh My English.
Berkongsi lanjut mengenai perkenalan mereka, Hans berkata wanita berkenaan pertama kali ditemui ketika dijemput untuk menjadi juri pertandingan ratu cantik yang disertainya.
"Masa itu saya kenal dia hanya sebagai peserta dan saya pernah buat dia menangis kerana memberikan komen-komen 'pedas'.
"Berdasarkan gambar yang dia ambil bersama seekor burung kakak tua, saya beritahu bahawa burung itu lebih menyerlah berbanding dirinya," katanya sambil disambut ketawa Gabriella.
Tambah Hans sejak mengenali Gabriella dengan lebih rapat, dia dapat merasakan bahawa wanita berkenaan mempunyai karakter yang dapat mengisi kekosongan hidupnya.
"Dia buatkan saya gembira dan mudahkan hidup saya.
Sejujurnya sudah lama saya tak lalui perasaan itu. Saya yakin dia akan ada di sisi saya ketika susah dan senang. "I love her to death (saya cintakan dia sampai akhir hayat).
Saya hanya mahu dia seorang dalam hidup saya. "Dia adalah masa depan saya... walaupun sedikit lewat (berkahwin). Tapi inilah takdir kami," katanya.
Hans sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti tempatan seperti Neelofa, Elaine Daily dan Erra Fazira.
Sementara itu Gabriella yang kini aktif menjadi pengacara majlis berkata dia terkejut tatkala dilamar Hans di gereja yang menjadi lokasi ibu bapa aktor itu melangsungkan perkahwinan.
Cerita Gabriella, Hans telah membuat perancangan secara rahsia dua bulan sebelum dia dilamar termasuk terpaksa mereka-reka cerita untuk membawanya ke lokasi tersebut.
Ditanya mengapa dia terbuka hati menerima lamaran Hans yang agak berusia, Gabriella berkata sifat bertanggungjawab yang ditunjukkan Hans menjadi tarikan utama.
"Dia adalah lelaki yang utamakan keluarga walaupun sibuk bekerja.
Saya nampak dia sangat bertanggungjawab kepada keluarga. Itu yang sebabkan saya tertarik.
"Soal umur tak jadi isu bagi saya. Saya belajar banyak daripada dia terutama untuk jadi lebih bertanggungjawab dan positif," katanya. [mStar]
Teka-teki mengenai wanita yang berjaya menambat hati pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac akhirnya terjawab apabila dia mengumumkan akan berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson.
Menurut Hans, dia dan Gabriella, 28, akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan.
Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.
Hans, 46, mengumumkan berita gembira itu pada sidang media khas di Hotel The Majestic di sini pada Selasa dengan ditemani Gabriella.
"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini.
Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.
"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu," katanya kepada mStar Online.
Hans Isaac bersama Gabriella. FOTO: Ibrahim Mokhtar
Berkongsi lanjut mengenai perkenalan mereka, Hans berkata wanita berkenaan pertama kali ditemui ketika dijemput untuk menjadi juri pertandingan ratu cantik yang disertainya.
"Masa itu saya kenal dia hanya sebagai peserta dan saya pernah buat dia menangis kerana memberikan komen-komen 'pedas'.
"Berdasarkan gambar yang dia ambil bersama seekor burung kakak tua, saya beritahu bahawa burung itu lebih menyerlah berbanding dirinya," katanya sambil disambut ketawa Gabriella.
Tambah Hans sejak mengenali Gabriella dengan lebih rapat, dia dapat merasakan bahawa wanita berkenaan mempunyai karakter yang dapat mengisi kekosongan hidupnya.
"Dia buatkan saya gembira dan mudahkan hidup saya.
Sejujurnya sudah lama saya tak lalui perasaan itu. Saya yakin dia akan ada di sisi saya ketika susah dan senang. "I love her to death (saya cintakan dia sampai akhir hayat).
Saya hanya mahu dia seorang dalam hidup saya. "Dia adalah masa depan saya... walaupun sedikit lewat (berkahwin). Tapi inilah takdir kami," katanya.
Tarikh 29 Julai 2017 akan menjadi detik bersejarah pasangan ini akan disatukan.
Sementara itu Gabriella yang kini aktif menjadi pengacara majlis berkata dia terkejut tatkala dilamar Hans di gereja yang menjadi lokasi ibu bapa aktor itu melangsungkan perkahwinan.
Cerita Gabriella, Hans telah membuat perancangan secara rahsia dua bulan sebelum dia dilamar termasuk terpaksa mereka-reka cerita untuk membawanya ke lokasi tersebut.
Ditanya mengapa dia terbuka hati menerima lamaran Hans yang agak berusia, Gabriella berkata sifat bertanggungjawab yang ditunjukkan Hans menjadi tarikan utama.
"Dia adalah lelaki yang utamakan keluarga walaupun sibuk bekerja.
Saya nampak dia sangat bertanggungjawab kepada keluarga. Itu yang sebabkan saya tertarik.
"Soal umur tak jadi isu bagi saya. Saya belajar banyak daripada dia terutama untuk jadi lebih bertanggungjawab dan positif," katanya. [mStar]
loading...
loading...
0 Response to "#HOT ~ Hans Isaac Bakal Nikah Bekas Ratu Cantik 29 Julai Depan"
Catat Ulasan