loading...
Gara-gara sedih dengan tindakan ISIS membunuh kanak-kanak dan wanita yang tidak bersalah, seorang pelajar universiti bertindak nekat membunuh diri kerana tidak tahan melihat keadaan tersebut, menurut laporan Kuala Lumpur Post pelajar universiti yang mengalami tekanan dan sedih dengan perbuatan ganas kumpulan militan ISIS telah membunuh diri dengan minum racun yang dibelinya melalui media sosial.Natasha Kasanda berusia 19 tahun, yang merupakan pelajar University Of Hull, beliau merupakan seorang pelajar bijak di dalam University, namun beliau menjadi takut dengan tindakan ganas ISIS, selepas menonton video-video melibatkan ISIS di media sosial
Natasha ditemui mati di bilik asramanya selepas baru memulakan pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik pada 2014. Ketika siasatan di jalankan bagi mengenalpasti punca kematiannya, ibu Natasha iaitu Tasheni Makumbi-Monk berkata, anak perempuannya itu pernah cuba membunuh diri, dua kali sebelum ini.
“Saya pernah melihat Natasha begitu sedih selepas dia menonton video mengenai kanak-kanak yang meninggal dunia dan ia menghantui Natasha. “Dia memberitahu saya bahawa dunia ini dipenuhi dengan perkara jahat. Kenapa orang yang tidak mahu mati, telah mati dan mereka yang tidak mahu hidup, masih hidup,’’ demikian soal Natasha kepada ibunya sebelum ini.
Beberapa minggu sebelum kematiannya, Tasheni dan bapa tiri Natasha telah melawatnya di universiti tersebut dan gadis itu telah menyatakan bagaimana dia sedih dengan perbuatan ISIS terhadap orang yang tidak berdosa. Natasha telah menemui pakar sakit jiwa dan kaunselor sebelum kematiannya namun sesi tersebut dihentikan apabila mereka mendapati dia tidak memberikan maklum balas.
Dalam pada itu, koroner Professor Paul Marks memberitahu beliau tidak berpuas hati dengan prosedur perkhidmatan kesihatan mental dan turut mempersoalkan tindakan pihak terbabit untuk menamatkan rawatan yang diberikan kepada Natasha dengan begitu cepat meskipun dia pernah cuba membunuh diri.-The Kuala Lumpur Post
loading...
loading...
0 Response to "Gadis Bunuh Diri Kerana Sedih Dengan Tindakan Kejam ISIS."
Catat Ulasan