loading...
Kisah yang bakal disampaikan ini sememang cukup menyentuh perasaan tentang seorang suami yang mengambil keputusan untuk mengahwini gadis pilihan hatinya setelah doktor mengesahkan bahawa bakal isterinya itu mengidap penyakit kanser tahap empat.
Demi memegang cinta antara mereka berdua yang cukup mendalam dan ketentuan jodoh, pasangan ini akhirnya di ijabkabul kan.
Ramai yang bertanyakan kenapa dia tetap memilih untuk berkahwin dengan pasangannya walaupun mengetahui bakal isterinya itu menghidap kanser tahap 4?
lebih memeranjatkan apabila lelaki itu mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan tanpa memikirkan masa depannya nanti.
Hanya segelintir rakan dan teman rapat sahaja yang mengetahui tentang perancangan mereka ini.
Tanggapan yang bersifat negatif sesetengah orang tentang penyakit bakal isterinya itu membuatkan lelaki ini lebih bersemangat untuk meneruskan ikatan dengan wanita pilihannya itu.
Malah penyakit kanser itu telah membuatkan isterinya menjadi seorang yang berdikari, berani, dan kuat.. Justeru itu, dia dapat rasakan isterinya adalah seroang yang unik dan punyai personaliti yang menarik dan mengagumkan.
Pasangan jarak jauh kerana isteri belajar di London.
Hubungan mereka bermula 6 bulan yang lalu. Kini, satu persetujuan dilakukan apabila mereka mahu hubungan itu mencapai tahap yang lebih diberkati iaitu langsungkan pernikahan. Rancangan bagi menetapkan tarikh yang bermakna itu adalah sehari selepas tarikh hari lahir lelaki ni dan kemudian mereka menjalani hubungan jarak jauh sebagai suami isteri. Ia kerana isterinya telah melanjutkan pelajaran di London.
Dia tidak tahu berapa banyak masa yang diberikan kesempatan oleh Tuhan kepadanya untuk membuatkan isterinya gembira, malah dia juga tidak tahu berapa banyak kelapangan yang mereka ada. Mengenal situasi isterinya sekarang membuatkan lelaki ini ingat dan berserah kepada Tuhan.
Walaupun tidak sampai setahun usia alam rumahtangga mereka, lelaki ni yakin bahawa keputusan untuk mengahwini isterinya adalah merupakan satu pilihan yang sangat tepat...
loading...
loading...
0 Response to "TETAP AMBIL KEPUTUSAN BERNIKAH WALAUPUN KETAHUI BAKAL ISTERI HADAPI KANSER TAHAP 4"
Catat Ulasan