loading...
Semalam, seorang pendakwah muda iaitu Da’i Wan telah menulis satu surat khas buat Uqasha Senrose.
Namun, nampaknya tindakan Da’i Wan itu ada yang tidak bersetuju kerana dilihat seperti cuba mengurat Uqasha.
Seorang wanita bernama Khairunisa yang juga Ketua Beliawanis, telah membalas surat terbuka kepada Da’i Wan.
Ini suratnya:
SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA WAN DAZRIN
Lewat malam semalam saudara menulis sebuah karangan panjang mengenai satu luahan perasaan (bagi saya ia bukan mesej dakwah jika anda mendakwa begitu) yang kononnya mengajak wanita tersebut untuk istiqamah bertudung.
Oleh kerana saudara adalah public figure yang menjadi perhatian umum dan menggelar diri sebagai seorang Da’i (pendakwah), saya tuliskan surat terbuka ini bagi menyampaikan kekesalan atas tindakan saudara.
Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen.
Jika saudara ingin menyampaikan dakwah, mesej yang anda ingin sampaikan tidak mencapai maksud yang sebenar.
Kerana ia lebih kepada nada memujuk dan merayu kepada wanita yang bukan mahram, dengan kata-kata yang tidak matang dan ayat-ayat yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah yang sangat buruk. Fitnah bahawa pendakwah boleh mengambil pendekatan itu dengan tiket untuk berdakwah.
Netizen melihat ia sesuatu yang tidak salah, malah menggalakkan. Sedangkan di dalam Islam ada batasan akhlak dan syari’at yang memandu method dakwah yang suci dari kehendak nafsu atau manfaat peribadi.
Ia agak keterlaluan bila anda sampaikan di medium umum dan menyeru netizen untuk viralkan. Saudara boleh berfikir dengan matang apa yang saudara tuliskan itu sebenarnya menyampaikan maksud sebenar atau sekadar mencari perhatian netizen.
Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da’i.
Oleh yang demikian, dengan penuh rasa hormat saya menyeru saudara untuk DELETE semua surat cinta saudara yang bertopengkan agama tersebut di semua saluran Facebook, Twitter dan mana-mana medium agar fitnah ini tidak jauh tersebar.
Bertakwalah kepada Allah.
Semoga Allah mengampunkan dosa saya, saudara dan seluruh netizen.
#talbisiblis
#daimilenia
#daimilenia
Khairunnisa binti Mazlan
Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Dilihat banyak juga yang menyokong surat dari Khairunnisa ini.
Sumber: gelakhati
–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
loading...
loading...
Related Posts :
Benarkah Rawat Stroke Dengan Cara Cucuk Hujung Jari Berkesan? Benarkah Rawat Stroke Dengan Cara Cucuk Hujung Jari Berkesan?|Sebelum ini pernah Viral rawatan first aid untuk stroke iaitu dengan mencucu… Read More...
Dua Pelajar Pondok Mengaku Lakukan Seks Dua Pelajar Pondok Mengaku Lakukan Seks|Dua pasangan remaja yang terdiri daripada tiga pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan s… Read More...
Cara Mudah Merawat Ekzema Kering Secara Semulajadi ! Cepat Rawat Sebelum Melarat Mau tahu bagaimana cara merawat ekzema kering secara semulajadi? Ya, pada tulisan terbaru kami kali ini akan membincangkan mengenai… Read More...
Sayu : Maafkan aku Ayu .. Ayu maut bersujud badan berlipat motosikal dibonceng rempuh treler (6Gambar) KUALA PILAH : Fazdly hanya mampu meraung kesedihan dalam kesakitan melihat rakan nya dijemput ajal keadaan menyayat hati seseolah bers… Read More...
Video Kanak Kanak Bangunkan Mayat Pengasuh Jadi Viral Video Kanak Kanak Bangunkan Mayat Pengasuh Jadi Viral|Sebuah video telah menjadi perhatian dunia maya,apabila seorang kanak kanak menangis … Read More...
0 Response to "Tulis Surat Untuk Uqasha Senrose Seperti Nak Mengurat, Da’i Wan Pula Dikecam Teruk.."
Catat Ulasan