loading...

Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.
‘Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company - dalam laporannya dua hari lalu.
Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.
Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.
Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.
Menurut laporan itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berada dalam kedudukan yang janggal apabila beliau melawat Malaysia tahun lalu lalu.
Ini kerana sebelum itu, akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa AS$700 juta (kira-kira RM3 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dana AS$700 juta yang didakwa datangnya dari wang pelaburan negara itu mengaitkan Najib secara langsung dengan firma yang dicetusan ilhamnya - 1MDB.
Sumber: Malaysiakini.com
from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2batBkh
loading...
loading...
Related Posts :
Artis Grafik Bangkit, Lebih Banyak Lakaran "Najib Badut" Tersebar Di Media Sosial
Para artis grafik bangkit ekoran amaran polis yang dikeluarkan kepada artis Fahmi Reza, dengan menyiarkan versi mereka sendiri lakaran ga… Read More...
Lakukan 7 Perkara Ini Jika Rakan/Saudara Ingin Meminjam Wang
"Salam. Bro, ada duit tak? Aku nak pinjam RM900. Bulan depan dah ada duit, aku terus bayar. Bantu orang yang memerlukan, inshaAllah dapat … Read More...
Selepas PERTENGKAR Dengan ISTERI, Bapa 2 Anak Nekad Gantung Diri
Seorang lelaki dipercayai membunuh diri dengan menggantungkan dirinya didalam rumah.
Sebelum kejadian berlaku, jiran ada terdengar … Read More...
Tabung Haji bail out syarikat berkait skandal SRC...Emm patut la duit habis..
Tony Pua mempersoalkan adakah tindakan Tabung Haji membeli saham dan kepentingan dalam Putrajaya Perdana Bhd, sebenarnya bertujuan untuk … Read More...
VIRAL!! ‘Zikir Lampu’ Mukhriz Bersama Penyokong dihentam Hebat Netizen Pagi ini
Video: ‘Zikir Lampu’ Mukhriz Bersama Penyokong, Jadi Bahan Ketawa
Alor Setar – Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathi… Read More...
0 Response to "Senarai Negara 'Rasuah Paling Teruk' Di Dunia. Lihat Malaysia Berada Di Tangga Ke Berapa..."
Catat Ulasan