SinarHairan

Kehilangan Noor Amila Akhirnya Terjawab, Temui Mangsa Dalam Keadaan Yang Sangat Mengerikan!

loading...

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari semalam disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.

Perkara itu disahkan timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media. Bagaimanapun beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Sumber polis memberitahu kanak-kanak itu ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

“Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan,” kata Abdul Hamid.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan sekitar 12.30 tengah hari semalam. Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Bangkong di Batu 5, Jalan Ipoh di sini, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Terdahulu, jenazahnya disolatkan di Surau Al Hijriah, Jinjang Utara selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Kuala Lumpur.

Anggota keluarga dan saudara-mara kanak-kanak itu serta penduduk kampung menghadiri pengebumian itu.

Dalam perkembangan berkaitan, susulan penemuan mayat Noor Amila Edrus di situ, kes itu kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 11 Ogos lepas dan ia disiasat sebagai kes kehilangan kanak-kanak.

Ketua polis daerah Sentul ACP R Munusamy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun pada Isnin lepas di sekitar Jinjang dan suspek direman empat hari sehingga hari ini.

“Esok (Jumaat) kita akan buat permohonan untuk lanjutkan reman dan setakat ini siasatan hanya melibatkan seorang individu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek tersebut ditahan.

“Namun setelah mayat mangsa ditemui hari ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya sambil menegaskan motif pembunuhan masih disiasat.

Noor Amila Edrus, anak sulung daripada dua beradik, tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara. — Bernama


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2bp4URN
loading...
loading...

0 Response to "Kehilangan Noor Amila Akhirnya Terjawab, Temui Mangsa Dalam Keadaan Yang Sangat Mengerikan!"

Catat Ulasan