SinarHairan

EKSKLUSIF!! PENDEDAHAN KISAH SEBENAR DISEBALIK ERRA FAZIRA PUTUS HUBUNGAN DENGAN SHAHIR AF!!!

loading...

Pelakon Erra Fazira menjelaskan bahawa kali terakhir dia berjumpa dengan penyanyi Shahir yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya hampir dua tahun yang lalu.

Erra fazira atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 42, sebaliknya berkata, sepanjang tempoh itu mereka hanya menggunakan medium aplikasi WhatsApp untuk bertanya khabar berita dan mengetahui perkembangan masing-masing.

"Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami adalah tidak benar malah kami kali terakhir bertemu adalah setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp dan panggilan telefon," katanya kepada wartwan mStar Online.

Sebelum ini Shahir yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan mengakui sedang berkawan dan masih mengenali hati budi Erra.

Malah ura-ura yang Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 27, akan merisik pelakon itu pada Aidilfitri lalu turut hebat diperkatakan ketika itu.

Dalam pada itu, Erra menjelaskan dakwaan mengenai bakal berkahwin bukan datang daripada mulut mereka dan ia sama sekali tidak benar.

"Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir.

"Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar," jelasnya.

Sementara itu, Erra meminta agar kisahnya dengan Shahir tidak lagi diperbesarkan kerana mereka sekadar berkawan.

"Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan," katanya.
loading...
loading...

0 Response to "EKSKLUSIF!! PENDEDAHAN KISAH SEBENAR DISEBALIK ERRA FAZIRA PUTUS HUBUNGAN DENGAN SHAHIR AF!!!"

Catat Ulasan