SinarHairan

Berita Sedih Buat Jaguh Basikal Negara Azizulhasni .. Semoga Beliau Dan Keluarga Tabah Menerima Ketentuan Dan Dugaan Ini..

loading...


SHAH ALAM: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang menerima dugaan apabila anak keduanya, Amna Khadeeja dimaklumkan dijangkiti kuman pada paru-parunya. Azizul yang baharu tiba petang semalam di tanah air bagaimanapun mengakui sedikit gembira sejurus dapat menemani anaknya itu selepas tidak bertemu sejak beberapa bulan lalu bagi memberikan tumpuan kepada Sukan Olimpik Rio, Brazil. "Khadeeja masih lagi di wad namun gembira dapat berjumpa dengan dia semalam. 

Sedih mendapat berita ini namun gembira saya dapat bertemu dan menemaninya sepanjang malam. "Dia masih berjuang dan saya harap tahap kesihatan akan lebih baik kerana dia mengalami jangkitan kuman di paru-paru. "Selepas berjumpa, anak saya sudah ok sikit daripada sebelum ini. Apa pun saya harap dia akan lebih baik dan dapat keluar hospital dalam masa terdekat," kata Azizul ketika ditemui sejurus tamat Fun Ride with Our Olympians anjuran Sime Darby Property di sini, hari ini. Kayuhan sejauh 20 kilometer itu dimeriahkan seramai 200 peserta. 

Turut serta, Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Ir Jauhari Hamidi, atlet berbasikal kebangsaan, Fatehah Mustapa dan jurulatih, John Beasley. Untuk rekod, Amna Khadeeja dimasukkan ke hospital ketika pemenang pingat gangsa Olimpik Rio itu masih berada di Brazil. Berdasarkan laporan portal tempatan isteri jaguh basikal itu, Athiah Ilyana Abd Samat memaklumkan anak mereka yang baharu saja dibenarkan keluar dari Hospital KPJ petang Khamis, tetapi dimasukkan semula ke wad kecemasan di Hospital Pantai Ipoh pada Jumaat.

Selanjutnya di : http://ift.tt/2bEM2z0
loading...
loading...

0 Response to "Berita Sedih Buat Jaguh Basikal Negara Azizulhasni .. Semoga Beliau Dan Keluarga Tabah Menerima Ketentuan Dan Dugaan Ini.."

Catat Ulasan