SinarHairan

Benarkah ikan puyu dapat membatalkan sihir atau pukau?

loading...
Orang tua-tua pernah berpesan memang elok untuk kita bela ikan puyu kat rumah, katanya ikan ini dapat menghalau hantu atau makhluk halus. Selain itu ianya dapat menghalangperbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah itu.
Cuma persoalan yang hendak diketahui ramai, apa signifikan antara hantu dan makhluk halus dengan ikan puyu? Kenapa mereka takut sangat kat ikan puyu ni?


Kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan Puyu, “Ikan puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan”.  Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa.
Keupayaan ikan puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar. Ramai membela puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu pukau,
Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga.
Ia hanyalah sekadar petua orang tua-tua dahulu kala namun masih dipraktikkan hingga ke zaman moden hari ini.
Puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah,” namun kita harus ingat setiap ciptaaNya ada kelebihan dan ketentuan Allah SWT.
Lebih menguji akal logik, ikan puyu yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itudikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian!



Dalam penceritaan lain, ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jinDuri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.
Dalam dunia perdukunanpuyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu. Begitupun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyantau orang lain.
Setiap kejadian makhluk dimuka bumi ini ada tujuannya dan tidak dijadikan oleh Allah dengan sia-sia.Semuanya bermanfaat.Wallahua’lam.
loading...
loading...

0 Response to "Benarkah ikan puyu dapat membatalkan sihir atau pukau?"

Catat Ulasan