SinarHairan

"Anak Lelaki Perlu Keluar Kena Matahari Setiap Hari..."

loading...


Kalau ada anak lelaki, sila baca sampai habis. 

Anak lelaki, banyak tenaga, suka berlari, suka bergusti. Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memori dan dapat tidur berkualiti. Ini semua ada scientific study. 

Anak lelaki perlu terapi alami. Ada penyembuhan pada alam semulajadi. Biar main parit, panjat pokok sana sini. Ini untuk tabung emosi. Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas di kaki. Badan dapat create system immunity, dapat neutralize cas negative. Kita nak restore humanity. 

Jangan asyik pegang joystick dan main PSP, terperap dalam rumah, dinding kanan kiri, dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai ke televisyen. 

Beri anak lelaki haiwan peliharaan. Tak kisahlah walaupun sekadar ikan Guppy agar mereka dapat belajar rasa empathy. Semoga besar kelak mereka menjadi suami mithali dan tak adalah ego meninggi kan. 

Anak lelaki perlu ayah di sisi untuk mereka jadikan sebagai idola. Spendlah time ke masjid. Ini suggestion saja kalau nak buat apa yang Allah sukai.

Anak lelaki perlukan ibu yang sentiasa mendengar dan mengasihi mereka. Memang bermacam-macam perangai dia akan buat yang adakalanya akan menyakitkan hati. Jiwa perlulah kental, sabar tidak bertepi. Cakap sekali belum tentu bergerak. Kenalah ingatkan beberapa kali. Bukan semberono ya, ada cara dan seni. Otaknya tak proses banyak benda, satu arahan satu situasi. 

Rasa-rasa nak mengamuk, berkatalah pada diri bahawa anak itu adalah amanah dari Allah. Tugas kita bukan menghakimi mereka tetapi mendidik, memberi kasih sayang tanpa berbelah bahagi. 

Ini soalan yang terakhir sekali. Dah peluk anak lelaki ke pagi tadi? Sekejap saja mereka sudah membesar, peluklah mereka selagi berdenyut nadi. Ikhlas dari ibu kepada empat orang anak yang semuanya lelaki. - cilipotong
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to ""Anak Lelaki Perlu Keluar Kena Matahari Setiap Hari...""

Catat Ulasan