SinarHairan

Menang 2 Kerusi Tanpa Bertanding, Adenan Yakin BN Akan Menang Besar

loading...

LUNDU - Kemenangan dua kerusi DUN, memberikan keyakinan kepada Adenan bahawa Barisan Nasional (BN) Negeri akan menerima sokongan tanpa berbelah bahagi dari rakyat Sarawak, selain dari turut menyuntik semangat jentera BN. 

Kemenangan dua kerusi yang masing-masing disandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (DUN Bukit Sari) dan Dr Abdul Rahman Ismail (DUN Bukit Kota) itu, memberikan kelebihan kepada BN Negeri untuk turut mengekal penguasaan di kerusi DUN lain, kata Adenan yang juga calon DUN Tanjung Datu.

"Sudah tentu ia akan menjadi kelebihan BN Negeri untu kterus mengekalkan penguasaan di kerusi DUN lain, lebih-lebih lagi membabitkan kerusi tradisi. BN juga akan bekerja keras untuk merampas semula kerusi yang telah ditawan oleh pembangkang sebelum ini," katanya dalam sidang media di Rumah Rehat Kerajaan, sebentar tadi. 

Mengulas lanjut, Adenan memberitahu bahawa manifesto BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diumumkan esok. 

"Manifesto kali ini lebih unik berbanding pilihan raya sebelum ini. Selain perancangan yang BN sudah laksanakan, kita akan usulkan juga rancangan baru untuk kita laksanakan kelak," katanya.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Menang 2 Kerusi Tanpa Bertanding, Adenan Yakin BN Akan Menang Besar"

Catat Ulasan