SinarHairan

DAP Berang PKR Cuba Rampas 5 Kerusi DUN

loading...

MIRI - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Parti Keadilan Rakyat yang turut bertanding menentang DAP di lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak. 

"Jika satu kerusi, kita boleh faham. Tetapi ini lima kerusi, bagaimana kita nak biarkan? 

"Kami rasa DAP telah ditipu. PKR tiada komitmen dalam mematuhi perjanjian Pakatan Harapan yang mana PKR dan DAP tidak boleh bertanding melawan antara satu sama lain. Tindakan PKR itu akan mengelirukan rakyat!" katanya yang mengulas lima kerusi iaitu DUN Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum. 

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan beliau telah memberikan kuasa kepada PKR Sarawak untuk bertanding di lima kerusi tersebut.

Sebagai balasannya, DAP meletakkan calonnya Abdul Aziz Isa di Batu Kitang. - THEHYPEMEDIA
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "DAP Berang PKR Cuba Rampas 5 Kerusi DUN"

Catat Ulasan