SinarHairan

Sayu : Wafiq ini lah keputusan SPM mu .. Wafiq lemas di Pantai Rhu Sepuluh 24 Dis lalu (5Gambar)

loading...
Batu Pahat : Sayu melihat Keputusan SPM adik wafiq yang telah meninggal dunia kerana lemas di Terengganu bersama dua rakannya semasa keluar jemaah tabligh sesusai tamat peperiksaan SPM 2015.

“Saya berasa sebak apabila ada dua cita-cita arwah yang sering disebut-sebutnya tidak kesampaian, dia menyimpan hasratnya untuk berdakwah di benua eropah,” kata Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17.

Menurut Muhammad Wafiy, dalam masa yang sama kembarnya itu, Allahyarham Muhammad Wafiq  turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Ireland, setelah mendapat keputusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.



Katanya, dia sering menyatakan hasratnya itu, dan kini kata-kata Allahyarham Muhammad Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya serta berharap dia sendiri akan dapat menyambung impian kembarnya.

“Saya tidak menyangka yang kembar saya pergi dulu...di mana dialah rakan seperjuangan saya, rakan suka duka saya selama ini, di mana dari kecil kami akan sentiasa bersama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, pagi tadi.

Dia ditemui di perkarangan Masjid Jamik Kampung Sri Bengkal, setelah selesai proses pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal pada jam 3.10 pagi, semalam.

Terdahulu, jenazah Muhammad Wafiq yang tiba pada jam 2.25 pagi dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu disambut dan diberi perghormatan terakhir oleh kira-kira 200 kenalan sebelum solat jenazah dilakukan.

Allahyarham Muhammad Wafiq merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Kuala Terengganu, Isnin lalu dan dia disemadikan berhampiran kubur seorang lagi mangsa yang juga rakannya, Muhamad Naim Adnan, 17.

Mayat mayat Muhammad Wafiq ditemui terdampar di pesisir pantai itu, kira-kira 75 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.05 tengah hari oleh orang awam, semalam.

Dalam kejadian yang sama seorang lagi rakan mangsa Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan.-Al fatihah.

Manakala abang sulung Muhammad Wafiq, Mohd Nasiruddin, 31,  berkata, arwah adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik namun lebih menunjukkan sikap prihatin kepada keluarga.
"Namun ketika berada di sana, adik selalu menelefon emak, Zabedah Kamdan, 55  memberitahu keadaannya di sana, semasa dia mengikuti program keagamaan di Masjid Kampung Bonggol, Setiu, serta bertanya khabar ayah, Mohd Nor Ismail, 58,” katanya.


loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Sayu : Wafiq ini lah keputusan SPM mu .. Wafiq lemas di Pantai Rhu Sepuluh 24 Dis lalu (5Gambar)"

Catat Ulasan