SinarHairan

Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 4 Mac 2016

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas danberkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut :-



Jawatan:

1. JURURAWAT GRED U29 

PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN/OPERASI) GRED N17

 Pekerja Sambilan Harian (PSH) 



Syarat Lantikan :

1. Jururawat Gred U29

a) Diploma dalam bidang Kejururawatan daripada universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

b) Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Pengamalan;

c) Mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) yang masih berkuatkuasa; dan

d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

e) Gaji = RM72.00 / sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas);


2. Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) Gred N17

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer)

c) Gaji = RM54.00 / sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas);


Cara Memohon :

i) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Laman Web : http://www.lppkn.gov.my atau melalui link di bawah

ii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan ditolak.

iii) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

iv) LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga.

v) Sila guna borang berasingan jika memohon lebih dari satu jawatan. Tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat bersaiz A4 (225mm x 320 mm) dan alamatkan kepada :

Unit Pentadbiran Am dan Perhubungan Awam
Pusat Keluarga LPPKN Negeri Selangor
Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16
Peti Surat 7080, 40702 Shah Alam
Selangor.


Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Puan Chek Liza binti Saad atau Encik Mohd Tirmidzi bin Hairi Yazid di talian 03-55101231 / 03-55110914.


Tarikh tutup permohonan : 04 Mac 2016 (Jumaat)



Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) http://ift.tt/1RHSYsy


AKTA LPPKN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN,  telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966.

Pindaan pertama telah dibuat pada tahun 1976 manakala pindaan kedua dibuat pada tahun 1984. Pindaan kedua ini melibatkan pertukaran nama akta daripada Akta Perancang Keluarga kepada Akta Penduduk dan Keluarga. Sejajar dengan perubahan ini, nama LPPKN yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara telah ditukar menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN telah diperluaskan daripada semata-mata penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga kepada perspektif penduduk dan pembangunan sosioekonomi yang lebih luas.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 4 Mac 2016"

Catat Ulasan