loading...
Empat sekeluarga maut selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah van di Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands dekat Pos Betau di sini, petang tadi.
Empat yang terbunuh itu adalah, pemandu Perodua Alza, Norulaini Ab Ghani, 43; suaminya, Raja Mohd Adnan Raja Husain, 45 dan dua anak mereka, Raja Nur Anis Batriaya, 8, serta Raja Nura'iysah, 14.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu turut menyebabkan seorang lagi anak mereka, Raja Nur Alyaa Masturina, 13, dan pemandu van, Wendi Hasby, 26, mengalami kecederaan.
"Difahamkan, keluarga berkenaan baru pulang Dtr bercuti dari Cameron Highlands. Sampai di tempat kejadian MPV tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Pemandu van dikatakan gagal mengelak Perodua Alza yang tiba-tiba datang dari arah hadapan dan menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung," katanya.
Katanya, semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat.
loading...
loading...
0 Response to "[5 FOTO] Empat Sekeluarga Maut, Alza Hilang Kawalan Bertembung Van..AL-FATIHAH.."
Catat Ulasan