loading...
Pengurusan Yayasan Sarawak dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan berikut:-
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
4. PEMBANTU PEJABAT N1
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Jika berminat, sila kemukakan;
Biodata lengkap (resume), gaji dan gaji dijangka, salinan semua sijil dan dokumen berkaitan, nombor
telefon untuk dihubungi dan gambar ukuran paspot terkini, pada atau sebelum
14 Februari 2016 ke alamat berikut;
Pengarah Yayasan Sarawak,
Pusat Pembangunan Pendidikan & Ibu Pejabat Yayasan Sarawak
Lot 4784, Jalan Sultan Tengah,
93050 KUCHING
Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul permohonan
tuan. Semua permohonan adalah dianggap sulit dan hanya mereka yang layak akan
dihubungi.
Latar Belakang
Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971.
Objektif penubuhannya mengikut Ordinan ialah:
- Memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga;
- Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti di dalam negara;
- Memberikan biasiswa dan bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar;
- Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertimbangan Lembaga berada di dalam keadaan memerlukan bantuan atau kemudahan berkenaan;
- Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya kepada organisasi institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal; dan
- Memberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara.
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Yayasan Sarawak - 14 Feb 2016"
Catat Ulasan