loading...
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon untuk mengisi empat (4) kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Jawatan:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN (SAMBILAN) GRED C41
4 Kekosongan
Syarat Lantikan:
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia.
b) Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia seperti di lampiran A.
c) Memenuhi Syarat-syarat untuk Jawatan PSH seperti di Lampiran B.
Syarat Lain:
PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti lelepasan am dan hari yang
PSH tidak hadir bertugas.
PSH tidak layak dibayar elaun lebih masa.
Panggilan Temuduga:
Hanya calon yang layak selepas asas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas seminggu daripada
tarikh iklan ini hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Cara membuat permohonan:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume ke alamat email :
mashita.mustakim@moh.gov.my / rusmin.sari@moh.gov.my
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Februari 2016
Kerja Kosong Terkini JKNS
Latar Belakang
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merupakan ibupejabat perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Selangor dan dipertanggungjawabkan ke atas perkhidmatan perubatan dan kesihatan di peringkat negeri. JKNS diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh enam (6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang mengetuai bahagian masing-masing. Setiap bahagian bertanggungjawab ke atas perjalanan aktivti-aktiviti dalam program masing-masing.
Enam (6) bahagian yang menjadi tonggak penggerak JKNS adalah Bahagian Pengurusan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan, Bahagian Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Disamping itu, terdapat 32 Pusat Tanggungjawab (PTJ) utama iaitu dua belas (12) hospital, sebelas (11) Pejabat Kesihatan Daerah dan sembilan (9) Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah yang berada di bawah tadbiran JKNS.
Manakala Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ialah gerbang laluan kepada pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh JKNS menerusi internet. Pembangunan Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dilaksanakan oleh Unit Teknologi Maklumat di bawah seliaan Bahagian Pengurusan JKNS.
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor - 15 Feb 2016"
Catat Ulasan