SinarHairan

'Rimaslah Anak Seorang Ni!'

loading...
PENAFIAN: Tajuk artikel adalah dibuat oleh kami, bukan dibuat oleh penulis asal, Qurat Aynen. Tajuk 'Rimaslah Anak Seorang Ni' dipilih berdasarkan realiti, tiada kena mengena dengan penulis dan anak penulis. Harap maklum.


I'm a psychopath mother. Hari-hari saya tenung anak saya tidur sambil membayangkan dia sudah tiada. 

"Kalau Hawraa sudah tiada roh lagi di dalam jasadnya, macam inilah agaknya,"

Ibu-ibu yang lain mesti ramai yang tak sanggup walaupun hanya sekadar cuba membayangkan keadaan itu tetapi yang menariknya, saya lakukan juga. Kedengaran pelik dan sedikit gila tetapi inilah terapi untuk saya.

Balik kerja, penat, panas, kadang-kadang terbawa-bawa keserabutan kerja di pejabat. Ambil anak di taska, anak pula rindu pada kita. Sampai di rumah, mula nak meraih perhatian kita. 

Nak makan sendiri, makan bersepah-sepah. Baling-baling mainan, kadang-kadang minta dukung. Bila memasak di dapur, dia pun sibuk nak panjat-panjat duduk atas kabinet dapur. Ajak main sekali, mewarna sekali, baca buku sama-sama, menangis nak ikut ayah pergi masjid, tak nak mandi sebab nak main air dalam bilik air dan macam-macam lagi perangainya.

Keadaan-keadaan seperti inilah yang menguji tahap kesabaran kita. Kadang-kadang terlepas marah, mengeluh, bergaduh dengan suami dan segala macam rasa yang timbul pada waktu itu. 

Bila anak sudah tidur, kita pun dah relaks sikit. Pada masa inilah saya mulakan terapi untuk diri sendiri. 

Cuba bayangkan, kalau Allah ambil balik anak kita dalam keadaan kita sedang marah dia atau kita tengah merungut tentang dia. Tak dapat bayangkan kan bagaimana? Bila dah mula buat begini, Alhamdulillah, bila setiap kali nak marah, mesti teringat yang hak Allah ini boleh ditarik semula bila-bila masa dan di mana-mana.

Keadaan ini mengajar dan mengingatkan saya bahawa yang mana segala yang ada ini bukan hak milik saya walaupun seinci. Anak saya bukan milik saya malah jasad saya juga bukan milik saya. Kesemuanya adalah milik Allah. 

Jadi, tanamkan di minda bahawa walaupun anda terlalu penat atau marah pada anak anda, tolonglah bersabar dengan karenah mereka. Allah pinjamkan sesuatu itu tidak lama pun, sekejap sangat. Jadi bersabarlah sikit.

Bila Allah ambil kembali, rumah anda akan kemas, badan kurang letih, lubang di poket juga mengecil. Tetapi hati akan menjadi kosong, rumah akan menjadi sunyi dan pada masa itulah rasa kekesalan itu hadir menjadi peneman buat diri.

Jadi, balik rumah nanti peluk dan ciumlah anak anda. Ingat, sentiasa bersabarlah dengan karenah mereka. - Qurat Aynen

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "'Rimaslah Anak Seorang Ni!'"

Catat Ulasan