SinarHairan

[Video] Yogi, Anjing ‘Wajah Manusia’ Jadi Selebriti di Laman Sosial

loading...

APABILA Chantal Desjardins memuat naik foto anjing peliharaannya, Yogi, ke media sosial, dia tidak menjangka haiwan itu akan menjadi popular serta-merta!

Ini kerana, Yogi dikatakan mempunyai rupa yang saling tak tumpah seperti wajah manusia, sehinggakan rakan-rakan Chantal beranggapan wanita itu menyunting wajah anjing itu menggunakan Photoshop atau aplikasi suntingan foto lain.

Malah, ada yang turut menganggap Chantal menggunakan aplikasi pertukaran wajah Face Swap terhadap Yogi, namun dinafikan olehnya.


Pada awalnya, Chantal tidak nampak apa-apa yang pelik apabila rakan-rakannya mengatakan dia menggunakan teknik manipulasi terhadap anjing kesayangannya itu, namun setelah diteliti, barulah dia faham mengapa.

Dengan sepasang mata yang menawan, ‘kening’ lebat, ‘misai’ yang kemas dan muncung yang menyerupai mulut manusia, Yogi sememangnya mempunyai rupa yang seiras manusia.

Sementara rata-rata netizen menganggap Yogi teramat comel, ada juga yang merasakan haiwan itu agak menakutkan.


Gambar-gambar Yogi yang dimuat naik ke dalam Facebook milik Chantal itu begitu popular sehingga tersebar ke laman-laman web lain seperti Reddit, Tumblr dan Twitter, di mana Yogi menjadi semakin terkenal.

Malah, ada juga netizen yang ‘nakal’ menyamakan Yogi dengan wajah selebriti-selebriti Hollywood seperti Nicholas Cage, Jake Gyllenhaal dan Ed Sheeran.

Ramai yang berpendapat wajah Yogi sama seperti manusia kerana bulu di bahagian matanya yang menyerupai kening. “Apa yang membezakan wajah haiwan dengan manusia kan adalah kening,”kata seorang netizen di Reddit.

loading...
loading...

0 Response to "[Video] Yogi, Anjing ‘Wajah Manusia’ Jadi Selebriti di Laman Sosial"

Catat Ulasan