SinarHairan

[Video] Akhirnya Mereka Telah Jumpa Kereta SUV Yang Terhumban Ke Dalam Laut, Dikatakan Keadaan Pemandu Saat Dijumpai Penyelam Amat Menyedihkan

loading...

Lokasi kereta yang terhumban ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu telah ditemui pada jam 4 petang hari ini.

Menurut polis, kenderaan Mazda CX-5 terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu. Difahamkan, gerakan operasi bagi menaikkan SUV itu akan dilakukan menggunakan kren.

Memetik laporan Bernama, dalam kemalangan pukul 2.54 pagi, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi semalam.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta.

Laporan lanjut menyusul.



Tengok harian metro punya video post tadi , driver ada dalam kete , masih kat tempat pemandu dan masih pakai seat belt.


Lelaki Pandu Kereta Toyota Vios Positif Ganja

Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sehingga sebuah kenderaan lain terhumban ke dalam laut, awal pagi semalam, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ujian saringan awal lelaki berusia 21 tahun dan merupakan pendandan rambut itu mendapati dia positif ganja.

“Polis telah menghantar sampel darah lelaki itu ke Jabatan Kimia untuk ujian lengkap bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah di dalam darahnya, keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa terdekat, “ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kini dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini kerana mengalami kecederaan pada kepala, kaki dan tangan akibat kemalangan berkenaan.

Katanya sebelum ini, pemandu Toyota Vios itu dirawat di Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang petang semalam, namun dia telah pengsan di rumahnya menyebabkan keluarganya menghantarnya ke hospital swasta untuk menerima rawatan lanjut.

Nik Ros Azhan berkata pemandu kereta Toyota Vios dan m4ngsa yang terhumban ke dalam laut itu merupakan rakan sejak mereka di sekolah rendah.

“Dua lelaki itu bersama lima lagi rakan (lelaki) menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang daripada kawan mereka di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia, di sini. Kesemua mereka pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2.30 pagi.

“Lima rakan mereka tinggal di bahagian pulau manakala m4ngsa dan pemandu kereta Toyota Vios itu tinggal di kawasan Butterworth,” katanya.

Menurutnya, polis turut menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan dua pemandu kereta itu sedang berlumba ketika kemalangan berkenaan.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi semalam.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta. Sumber: BERNAMA

INSIDEN JAMBATAN PULAU PINANG: KEJADIAN KELIMA SEJAK 2010


Kejadian kenderaan terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang awal pagi semalam, merupakan insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan dalam tempoh 2010 sehingga kini.

Dalam kejadian terbaharu ini, sebuah kereta dipercayai dipandu penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta lain di jambatan itu sebelum terhumban ke laut kira-kira 2.54 pagi semalam. Sehingga 3 petang ini, gerakan mencari masih gagal menemukan m4ngsa.

Berdasarkan rekod diperoleh Bernama, kejadian pertama seumpama itu dilaporkan berlaku pada 20 Sept 2010 apabila sepasang suami isteri muda mavt selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang sebelum jatuh ke laut dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi.

Dalam insiden kedua pada 1 Nov 2012, seorang kerani akaun mavt apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut di Km7.9 jambatan itu yang menghala ke George Town dalam kejadian pada 3.30 pagi.

May4t Tan Lean Loon, 24, ditemui di tempat duduk pemandu dalam keadaan masih bertali pinggang keledar dan kerja-kerja mengangkat kereta dan m4ngsa berakhir pada 12.15 tengah hari.

Dalam insiden ketiga, seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal lain di Km1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 9.30 pagi pada 30 Okt 2015. M4ngsa Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.

Dua minggu selepas itu, pada 12 Nov 2015, seorang lelaki mavt selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di Km0.6 menghala ke Perai dalam kejadian pada 5.49 pagi.


Berikut adalah kronologi kejadian kemalangan di Jambatan Pulau Pinang menyebabkan m4ngsa dan kenderaan terhumban ke laut dalam tempoh 2010 sehingga kini:

20 Sept 2010: Sepasang suami isteri muda mavt selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan kira-kira 1.30 pagi.

1 Nov 2012: Seorang kerani akaun mavt apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke laut di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke George Town dalam kejadian 3.30 pagi.

30 Okt 2015: Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 9.30 pagi. Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.

12 Nov 2015: Seorang lelaki mavt selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di Km0.6 menghala ke Perai dalam kejadian 5.49 pagi.

20 Jan 2019: Sebuah kereta dipandu seorang penuntut kolej swasta terhumban ke laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Km4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dalam kejadian pada 2.54 pagi Isnin.
loading...
loading...

0 Response to "[Video] Akhirnya Mereka Telah Jumpa Kereta SUV Yang Terhumban Ke Dalam Laut, Dikatakan Keadaan Pemandu Saat Dijumpai Penyelam Amat Menyedihkan"

Catat Ulasan