SinarHairan

#TSUNAMI SELAT SUNDA ~ 'Kirim al-Fatihah buat isteriku'-Vokalis Seventeen

loading...

ISTERI vokalis Seventeen, Dylan Sahara, 25, yang dilaporkan hilang selepas badai tsunami malam Sabtu lalu, ditemui mati, hari ini.

 Perkara itu disahkan suaminya, Riefan Fajarsyah atau Ifan melalui Instagram dan meminta orang ramai mengirimkan al-Fatihah buat isterinya.

 “Alhamdulillah sudah ketemu isteriku dylan_sahara, terima kasih teman mendoakan, cuma Allah dapat balas kebaikan semua.

 “Minta tolong kirim al-Fatihah buat isteriku, InsyaAllah husnul khotimah. Allahumma Amin,” tulisnya.

 Dylan yang juga seorang pelakon dan pengacara hilang sejak Sabtu lalu selepas pentas persembahan kumpulan Seventeen di Tanjung Lesung Beach Resort dipukul gelombang tsunami.

 Sementara itu, Kompas.com melaporkan, jenazah Dylan ditemui di Hospital Pandeglang selepas dikenal pasti kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan).

Pengurusan Seventeen, Aconk berkata, ketika ini, jenazah sudah dibawa menuju Hospital Serang untuk dimandikan.

 “Iya ditemui di Hospital Pandeglang, jamnya tidak tahu tetapi identiti sudah dikenal pasti.

 “Perancangannya, sebaik dimandikan di Hospital Serang, jenazah Dylan akan diterbangkan ke kampung halamannya di Ponorogo, Jawa Timur,” katanya.

Aconk berkata, Ifan juga sudah melihat jenazah isterinya dan sama-sama menaiki ambulans menuju ke Hospital Serang.

 Ketika kejadian, Dylan yang berada di belakang pentas tempat Seventeen mengadakan persembahan untuk satu undangan acara himpunan sebuah syarikat elektrik Indonesia yang dihadiri 260 orang.

 Ifan, satu-satunya anggota kumpulan itu yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi disahkan terkorban.-myMetro
loading...
loading...

0 Response to "#TSUNAMI SELAT SUNDA ~ 'Kirim al-Fatihah buat isteriku'-Vokalis Seventeen"

Catat Ulasan